Menentang arus, melangkau badai
Minggu ini minggu pembersihan jiwa, alhamdulillah jiwa terisi, alhamdulillah diri makin mengerti peri liku kehidupan yang tidak pernah sepi dari cabaran.
Apabila diri diuji ada yang perlu untuk dimuhasabah kembali,
ada yang perlu untuk direnung kerana mungkin diri dizalimi,
oleh noda-noda nafsu dan akal yang tidak mampu berdiri sendiri.
Kadang-kadang bila kita melakukan sesuatu perkara walau pun ianya betul, ia bukan semestinya diterima,terutamanya di pandangan mata umum. Rasulullah saw (tak dapat cari mantan hadisnya) pernah bersabda yang bermaksud lebih kurang begini, bilamana kita masuk ke dalam suatu masyarakat,ikutlah kebiasaan mereka selagi mana tidak bertentang dengan hukumNya. Pepatah Melayu juga ada menyebut, masuk kadang kambing mengembek, masuk kadang harimau mengaum (maaf jika salah :) ).
Saya kena berhenti dari memikirkan apa yang betul sahaja di mata ini,perlu menerima bahawa pelbagai manusia datang dalam pelbagai ragam dan pandangan. Persekitaran setiap dari kita yang berbeza membawa kepada pembentukan personaliti, pemikiran dan keupayaan yang berbeza. Seorang melayu yang dilahirkan di UK dan seorang lagi di Malaysia sendiri, pastinya berbeza dalam pelbagai segi, walaupun zahirnya dia adalah seorang Melayu! Mungkin kedua-duanya mempunyai kulit warna yang sama namun mungkin si A mampu hidup tanpa nasi,belacan,cencaluk namun tidak si B. Ini kerana persekitaran membentuk diri.
Berlapang dada, bersikap terbuka dan toleransi perlu dijadikan AKHLAQ diri, yakni suatu kebiasaan atau 'habit' sepertimana Rasulullah saw menerima dan sentiasa terbuka dalam usah menyebarkan dakwah baginda. Ketika mana si Arab Badwi kencing di dalam masjid,bila mana baginda di baling batu,najis atau juga ketika baginda di hina oleh si yahudi buta. Semua ini tidak pernah membuat baginda berhenti dari tugas dakwah yang terbeban di bahunya. Kenapa?
Jawapannya mudah, kerana ia merupakan AKHLAQ baginda,sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari diri baginda, ianya telah larut dalam hati dan terlihat pada perilaku diri. Walau apa jua yang baginda hadapi, baginda tetap pada prinsip itu, sesuatu yang terpahat kukuh dalam hati. Melihat kepada seerah baginda, senjata utama Rasulullah saw merupakan AKHLAQ, dengan akhlaq baginda berjaya membawa umat manusia kembali kepada fitrah, kembali kepada Sang Pencipta.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencontohi baginda. Menelusuri seerah Rasulullah saw, sayu sungguh melihat diri, betapa hinanya dibandingkan baginda. Akhlaq tiada serupa, usaha jua tidak sehebat mana.
Ya Allah, tetapkan diri ini pada jalanMu, terapkan pada hati ini akhlaq semulia baginda agar tidak mudah tersentak bila menentang arus dunia, agar mudah tersenyum walau badai menimpa.Ameena

Comments
Post a Comment