Demi jiwaku yang menjadi milikNya
Alhamdulillah minggu ini,setelah lama memerap di rumah (setelah lama asyik tiada di rumah.huhu) saya telah diizinNya untuk ke Dundee,Scotland. K.azra seperti biasa menerima kedatangan saya dengan tangan terbuka, bersama 'bibi' barunya,hehe, maaf husna,gurau2 sahaja bersama-sama dan malam keduanya, sahabiah dari Glasgow menyertai kami. Walau baru berjumpa bagai sudah lama kenal! Moga berjumpa lagi insyaAllah :)
Tujuan utama ke Dundee adalah kerana Kursus Kewangan Islam,UZAR.Alhamdulillah kursus selama sehari itu amat membuka minda dan membantu diri berAMAL dengan ILMU yang benar, insyaAllah, walau masih banyak lagi yang perlu dipelajari. InsyaAllah akan saya cuba kongsikan pada masa lain. (banyaknya nak kongsi!)
Allah Maha Merancang, saya dapat lebih dari apa yang saya ingini.
Berbicara bersama-sama k.azra dan k.syiqin, keduanya merupakan Dr. dan telah berjaya menempuh zaman HO mereka dengan selamatnya,alhamdulillah(trust me,it's an achievement!) telah membuka minda,hati dan semangat baru pada diri.
'Nanti memang nak makan pun takda masa!'
'Akak masa tu mengandung, baru nak buka puasa dan mendapat panggilan kecemasan dan perlu kembali ke wad immediately...'
'Dapat jaga solat pun dah amat bersyukur.'
'Nak jaga mak,ayah pun mungkin sedikit sukar.'
'Kita kerja macam kuli!'
... Astagfirullah, ya Allah, inilah dugaan Mu yang bakal aku tempuhi 2tahun lagi insyaAllah. Suatu perkara yang pasti, alhamdulillah, Allah tetapkan hati ini untuk masih terus pulang ke Malaysia walau telah mendengar pelbagai cerita ini, jujur ada sedikit keraguan terdetik dalam hati.
'Mampukah aku? Sekarang pun masih lemah! mudah menangis, mudah terasa penat, putus asa... mampukah?'
Namun,aku yakin, semuanya datang dariNya,dzat yang Maha Sempurna.
Setiap manusia itu memang lemah, Allah lah yang menguatkan dengan KekuasaanNya.
Aku ingin pulang, ingin berbakti kepada agama tercinta demi menggapai redhaNya.
Biarlah diri ini diperlakukan apa jua,selagi mana aku berada di jalan kebenaran, takkan aku berhenti.
Bayangkan, mereka berjual beli nyawa, dan aku?, hanya tenaga,kudrat pinjamanNya, tiada apa nilainya berbanding mereka.
Mana mungkin akan aku berpatah dan menyerah!
Walau apa jua,
Demi jiwaku yang menjadi milikNYa,
Moga diberi kekuatan dan thabat di atas jalan ini.
'Tapi ema, bila mak cik tu pegang tangan akak, 'terima kasih Dr.....' terus akak tak ingat apa-apa lagi'
Kata-kata mak membakar lagi semangat diri; ' Mak tak kesah anak mak sibuk nanti, bukan senang peluang nak berbakti! buat kebaikan, senang untuk buat kejahatan, tapi tidak kebaikan. Bayangkan pesakit ema sihat, dapat solat, dapat ibadat,ema membantu mereka.'
Mak! rindu mak! sayang mak sangat2.
Rasulullah saw dibaling najis, batu hingga berdarah, para rasul dan nabi sebelumnya ada yang digergaji,disiksa. Para wali, para pejuangNya. Jalan ini memang payah, tiada mudahnya, itu janjiNya. Maka wahai diri, janganlah engkau impikan jalan-jalan bertabur bunga dan indah belaka!
Demi menggapai redha Yang Esa!
-Support, family... ya Allah berikan apa yang terbaik buat agamaku.ameen.

Comments
Post a Comment