Posts

Showing posts from July, 2009

P.Ramlee, lagenda yang sinikal

Sedang menonton Ahmad Albab sekarang ini dan membuat diri berfikir yang selama ini aku tanpa ilmu dan kefahaman kurniaanNya tidak mampu melihat dunia melalui kaca mata yang ku sarung kini. Alhamdulillah. Sebelum ini, boleh dikatakan saya membesar dengan menonton karya-karya teragung Alyarham P.Ramlee kerana E memang peminat setia beliau,begitu juga mak. Namun, bagai sebuah bas yang tidak tahu ke mana destinasi yang ingin dituju, menonton tanpa tujuan juga tidak memberikan apa-apa hasil. Dan kerana tiada anjakan paradigma dalam minda, ia langsung tidak memberi sebarang kesan selepas menonton filem beliau, yang saya ingat hanyalah lawak-lawak beliau yang memang tidak kering gusi melihatnya. Dan kini, semakin ditonton filem beliau semakin saya lihat bahawa setiap filem beliau ada yang boleh dipelajari bahkan banyak sungguh pengajaran berbanding filem-filem masa kini. Kata si hartawan kepada anaknya 'Soal jodoh ayah yang tentukan bukan Tuhan, ayah akan carikan yang kaya raya biar senan...

Syukur

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Pemurah. Tidak mungkin hambaMu ini cukup bersyukur dengan segala pemberianMu.Rasanya lama juga tidak menulis di blog kerana sibuk dengan peperiksaan dan kedatangan adik tersayang ke newcastle. Dan alhamdulillah, Allah maha Pemurah telah memberikan kemudahan kepada saya dan sahabat, berjaya lulus dan insyaAllah akan masuk tahun ke empat september nanti. Dan ku syukuri juga kerana kehadiran adik saya yang banyak membantu. Walau banyak perkara kakak tak mampu nak tunaikan for example going to spain, tapi kakak harap that your trip will benefit you if not now maybe in the long run, moga Allah rungkaikan segalanya nanti... (tersirat sungguh :) ) Moving on... Allah juga telah merungkaikan kegelisahan dilema dalam hati ini melalui ayat-ayat cintaNya, 'dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seo...

Insan tersayang

Saat melahirkan detik terindah dalam hidupmu, Walau payah,walau nyawa menjadi pertarungan, Engkau tidak pernah menyesal atas jerihmu walau berbulan-bulan, Dengan penuh kasih sayang, Engkau mendidik dan memberi tanpa meminta imbalan. Hidupmu penuh liku dan cabaran, Hanya Allah yang tahu perit jerih kehidupan, Dugaan dari Tuhan datang berdantang, Dan kini,engkau aku tinggalkan, Demi mencapai sebuah cita dan impian, Wahai ibu,dengarlah rintihan diri ini, Walau dari kejauhan,tidak pernah sekali aku melupakan. Engkau akan sering ku tinggalkan, Walau hati dan kaki melangkah penuh keberatan, Namun, aku percaya,takdir suratan tidak perlu dipersoalkan, Pastinya, di akhir waktu akan Dia ungkaikan segala kesulitan, Dan kerana akhirat itu destinasi akhir perjalanan, Akan aku usahakan kita tidak tersungkur di pertengahan, Demi mencapai hanya redha dan kasih Ilahi. Mak, setiap kali ema berdepan sesuatu dugaan, Ema tahu,mak lebih risau mengenai keupayaan ema berdepan nya, Mak,setiap kali ema nak exam...

2 lagi

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah kepadaNya.Apa yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu dari kelemahan diri. OSCE exam telah selesai, walau tidak sempurna, namun Allah memang membantu kami. Hampir semua soalan telah kami praktis. Namun, atas kelemahan diri, tidak sempurna dan penuh kelemahan banyak kesilapan saya lakukan. Salah siapa? Salah diri! Sahaja ingin berkongsi ibrah dari peristiwa ini. Rasanya setiap kali juga perkara ini berlaku, amat terkesan pada diri. Apabila diri rasa penuh pengharapan hanya padaNya,contohnya, kalau tak habis study surely perasaan lemah datang dan penuh ikhlas memohon pertolonganNya, dan DIA pasti membalasnya. Memberi bantuan bila hambaNya meminta penuh keikhlasan. Hari ini, mungkin diri merasa telah cukup usaha, USAHA hanyalah nilaian manusia, di hadapanNya bukan semata itu perkiraan Sang Maha Sempurna lagi Maha Adil. Saya mungkin hanya berkisar pada usaha dan LUPA pada pergantungan dan bantuan Nya, yang mempunyai kuasa mutlak menentukan ...

Ya Ilahi

Ya Ilahi (O My God) By: Muhammad Al'husayyan In a night from the nights I don’t know what happened to me a darkness invaded me O Lord the Earth narrowed and the sky And my heart didn’t know the light And the tear started to cry… Ya Ilahi (4X) I disobeyed and the sin is great And I’m a prisoner in my own sorrow I’m tied into my sin O Lord So do I deserve, O My God, forgiveness as a criminal? Admitting my sins Ya Ilahi (4X) You’re the one who created me You had mercy on me and provided for me O God you’ve been always with me But I’m the one who turned my back on you I forgot what was yours And I walked on my own path Ya Ilahi (4X) You’re the one who created me You had mercy on me and provided for me O God you’ve been always with me But I’m the one who turned my back on you I forgot what was yours And I walked on my own path Ya Ilahi (4X) And today I come back my Lord From a darkness beyond the limits So the heart is broken and I’m confused And I’m the drowned one and I can’t see a sa...

Pengharapan hanya padaNya

Image
Sukar bila diri sudah rasa 'cukup ilmu' ,bila rasa 'aku lebih tahu dari mereka' sedangkan hakikatnya, kehidupan ini begitu luas maknanya. Dan makna kehidupan yang hakiki hanyalah apa yang telah Allah bentangkan dalam surat cintaNya dan menurut apa yang kekasihNya, baginda Rasulullah saw sebarkan. Dan kini, aku dalam dilema, dilema menegakkan yang haq dan mencari redha dari hamba yang dituntutNya. Ya Allah,hanya Engkau mengetahui betapa payahnya jalan ini, yang manis ditelan, yang pahit tidak mampu sahaja aku muntahkan. Perlu aku timbangi, apa langkah ku seterusnya. Di kanan, di kiri, belakang dan depan aku sendiri tidak pasti apa yang terbaik. Betapa diri amat sukar berdepan dugaan ini ya Allah, ditelan mati emak,diluah mati bapa. Tidak akan Allah uji melainkan sesuai dengan kesanggupan hamba-hambaNya, tidak Allah zalimi hamba-hambaNya dan setiap kesulitan pasti datang kemudahan. Itulah janjiNya, yang pasti! Dakwah kepada mereka yang dekat, yang amat disayangi, amat pay...

Jika belum bersedia memberi,jangan berbicara soal hati

Beberapa hari lepas,saya telah meletakkan tajuk post ini di status YM dan juga facebook dan mendapat 'sambutan hangat' sebagai hasil, macam-macam reaksi telah saya dapati. Mengapa terbitnya ayat ini,entah,saya sendiri tidak tahu. Namun ingin saya ungkaikan maksudnya pada diri ini. Bukanlah kerana diri berbicara mengenai 'soal hati' itu, namun persoalan pemilik HATI itu sendiri. Memberi, definisi yang cuba saya cari dari kamus dewan bahasa dan pustaka namun jawapannya tidak cukup memuaskan diri. Saya mula mendengar tag 'erti hidup pada memberi' daripada Ustaz Hasrizal, kali pertama semasa kem sewaktu awal hijrah saya pada agama ini. (Pengalaman yang tidak akan dilupakan, dikelilingi gunung-gunung, unggas-unggas yang bertasbih memuji keagunganNya.) Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, tahun demi tahun semakin saya mengerti erti MEMBERI ini. Layaknya bila kita memberi, kita tidak boleh meminta, itu namanya buruk siku. Jika kita memberi, kita tidak boleh mengungkit-...

Once upon a time

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Pemilik Jiwa-jiwa yang sentiasa memuji kebesarannya dalam sedar mahupun tidak. 3 minit lagi pukul 1 pagi, terasa ingin mengenang masa lampau kembali, mungkin terlalu banyak pengalaman hidup yang dirasai, terlalu variasi dan bertentangan dengan apa yang dirasai kini. Namun, setiap satu yang terjadi ada hikmah dan ibrah/pengajaran yang perlu dipelajari kerana Dia tidak akan pernah menzalimi. I used to memorise thousand of songs, english song to be more specific, I do still remember very vaguely how fast I can memorise every words. Probably that is how I learn to study and memorise all the things that I need to get to where I am now. Unlike now, less slow and more forgetful that should be me. Itu kekuatan yang saya punya suatu masa dahulu, dan kini kerana saya melupakan kekuatan yang saya punya suatu masa dahulu, terasa diri amat lemah. Amanah yang Allah berikan dibiarkan lepas dari tangan begitu sahaja. Kini, saya kembali mencari kekuatan it...

12 dan 24 hari lagi

Segala pujian hanya padaNya pemilik semesta alam. Salam selawat ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, adik saya, Lailatulain Abbas telah selamat sampai ke bumi UK. Kini, hanya E dan mak sahaja berdua di rumah. ya Allah,Engkau peliharalah kami, Ya Latif,lorongkan kami pada jalanMu, moga kejauhan ini mendekatkan kami padaMu. Tiada yang kekal melainkan dzatMu, sesungguhnya, harta, anak-anak akan meninggalkan diri bila tiba hari yang dijanji. Moga sentiasa redha dengan hakikat suratan ini. Kini bulan Rejab, bulan mencari redha Allah swt, bulan-bulan sebelum datangnya bulan yang dinanti setiap jiwa yang mendambakan cintaNya, bulan Ramadhan. Dua bulan lebih sehingga Ramadhan datang menjelang, Ya Allah, moga ianya lebih baik dari sebelumnya. Tapi tajuk post ni 12 dan 24 hari, apanya? :) 12 hari lagi hingga hari peperiksaan dan 24 hari lagi untuk kembali pulang, mendakap mak dan E tersayang. Tahun ini, azam yang berbeza. Dahulu, aku masih muda, kini insyaAllah aku telah be...