Syukur
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Pemurah. Tidak mungkin hambaMu ini cukup bersyukur dengan segala pemberianMu.Rasanya lama juga tidak menulis di blog kerana sibuk dengan peperiksaan dan kedatangan adik tersayang ke newcastle.
Dan alhamdulillah, Allah maha Pemurah telah memberikan kemudahan kepada saya dan sahabat, berjaya lulus dan insyaAllah akan masuk tahun ke empat september nanti. Dan ku syukuri juga kerana kehadiran adik saya yang banyak membantu. Walau banyak perkara kakak tak mampu nak tunaikan for example going to spain, tapi kakak harap that your trip will benefit you if not now maybe in the long run, moga Allah rungkaikan segalanya nanti... (tersirat sungguh :) )
Moving on...
Allah juga telah merungkaikan kegelisahan dilema dalam hati ini melalui ayat-ayat cintaNya,

'dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil' (Al-Isra:23,24)
Tugas seorang dai'e bukan suatu pekerjaan, yang ada waktu masuk dan keluar namun suatu tanggungjawab dari saat helaan nafas pertama hingga yang terakhir. Walau apa jua peranan, walau apa jua keadaan, bernafaslah dengan nafas seorang dai'e, sentiasa memberi, memahami dan toleransi bila berhubung sesama hambaNya. Biar mereka rakan sebaya, tua dan muda, sentiasa ingat diri diperhatiNya. Maka, setiap tingkah laku akan menurut contoh kekasih tercinta.
ya Allah,Engkau tabahkan hati ini, agar aku tidak tersungkur di pertengahan...
Semakin mengenal erti kehambaan, hakikat kehidupan
ya Allah,Engkau tabahkan hati ini, agar aku tidak tersungkur di pertengahan...
Semakin mengenal erti kehambaan, hakikat kehidupan
Comments
Post a Comment