12 dan 24 hari lagi
Segala pujian hanya padaNya pemilik semesta alam. Salam selawat ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah, adik saya, Lailatulain Abbas telah selamat sampai ke bumi UK. Kini, hanya E dan mak sahaja berdua di rumah. ya Allah,Engkau peliharalah kami, Ya Latif,lorongkan kami pada jalanMu, moga kejauhan ini mendekatkan kami padaMu. Tiada yang kekal melainkan dzatMu, sesungguhnya, harta, anak-anak akan meninggalkan diri bila tiba hari yang dijanji. Moga sentiasa redha dengan hakikat suratan ini.
Kini bulan Rejab, bulan mencari redha Allah swt, bulan-bulan sebelum datangnya bulan yang dinanti setiap jiwa yang mendambakan cintaNya, bulan Ramadhan. Dua bulan lebih sehingga Ramadhan datang menjelang, Ya Allah, moga ianya lebih baik dari sebelumnya. Tapi tajuk post ni 12 dan 24 hari, apanya? :)
12 hari lagi hingga hari peperiksaan dan 24 hari lagi untuk kembali pulang, mendakap mak dan E tersayang. Tahun ini, azam yang berbeza. Dahulu, aku masih muda, kini insyaAllah aku telah belajar rahsia hidup seorang hamba. Walau tidak semua namun Allah sedang mendidik jiwa mengerti makna kehambaan.
Sungguh,tahun ini amat mencabar diri, hanya Allah yang tahu. Setiap tahun, aku akan berdepan persoalan yang sama, yang masih tiada jawapannya. Siapa yang tahu, pasti mengerti, dilema hidup hamba Mu ini. (terima kasih kerana sering menjadi pendengar setia). Kini telah aku sedari, tiada apa dalam kuasa seorang manusia,semuanya milik Ilahi.

'Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.' (Al-Baqarah:269)
Hidayah dan taufiq-hikmat seperti dalam ayat di atas, padaku itu hadiah paling berharga dalam hidup seorang hamba. Kadangkala dalam usaha menggapai nikmat tersebut, aku lupa milik siapa hati seorang manusia. Usaha,usaha dan usaha, perlu ada hasil. Itu logik akal manusia! Seseorang yang melaburkan wang untuk berniaga sentiasa mahukan keuntungan bukan kerugian, melainkan dia seorang yang gila. Itu fitrah setiap hamba, sentiasa mengharapkan balasan, oleh itu Allah janjikan bahawa setiap kebaikan akan dibalas kebaikan manakala keburukan akan dibalas setimpalnya juga.Untuk apa? Untuk menggalakkan hamba-hambaNya melakukan kebaikan untuk menggapai syurga dan redhaNya, sesuai dengan fitrah setiap diri. MasyaAllah, bukankah itu nikmat tidak terhingga dari seorang Tuan kepada hambaNya. Namun diri masih sering alpa. Tidak mengapa, abaikan, tajuk kali ini berkaitan hikmat.
Hikmat, samakah hikmat dengan kebijaksanaan?
Dari segi bahasa
Berasal dari perkataan ( (حكم [ha-ka-mun] yang membawa maksud kebijaksanaan. Ianya adalah kalimah mufrad (tunggal) dan hikmah itu kalimah jamak. Ini hanya maksud dari segi bahasa.
Pengertian ulama
Hikmah adalah ibu kepada segala fadhilat (kelebihan). Sebahagian ahli falsafah akhlak telah bersepakat berpendapat ”sesungguhnya hikmah itu asal setiap fadhilat daripadanya yang terbit kesemuanya kembali kepadanya”
Ibnu Makawih menyebut dalam kitabnya ”Tahzibul Akhlaq”: Adapun Hikmah itu adalah kelebihan diri yang berakal yang boleh membezakan.
Sesungguhya dalam Islam, Hikmah itu minhah (pemberian/anugerah) daripada Allah SWT khusus kepada sesiapa yang Dia kehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Maka sesiapa telah memperolehinya dari Allah SWT akan satu ilmu, kegagahan, dan taufik pada satu-satu amalan, maka kecerdikan itu yang diperoleh. Maka sesungguhnya jika Hikmah itu yang diperolehi nescaya kebaikkanlan pada keseluruhannya
Dengan hikmat, Allah menganugerahi hambaNya untuk mengerti makna kehambaan. DIberikan kefahaman dan kebijaksanaan dalam menimbang setiap pilihan yang diberi agar memilih yang terbaik untuk diri, yakni seperti apa yang telah Allah nyatakan dalam Al-quran dan as-sunnah. Ini kerana, tiada yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk diri melainkan yang menciptanya.
Hikmat,
adalah pencarian setiap diri,
pengharapan dari seorang hamba untuk menyucikan hati,
Biar menjadi penyuluh kehidupan,
Dan di jauhkan dari jalan dunia yang penuh dengan kepalsuan,
Menzahirkan nafsu atau fitrahnya kebaikan,
Untuk menambah amal bekalan untuk suatu kehidupan yang kekal tiada keraguan.
Dan aku, masih dan sentiasa mengharapkan suatu hikmat, suatu keajaiban untuk mereka, mereka yang amat di hati. Walau sungguh perit hati berdepan ujian, tidak akan aku berputusa asa kerana Allah telah mengilhamkan, menyedarkan hati yang leka ini, bahawasanya, hikmat itu milik mutlak Tuhan. Usaha,usaha dan usaha, Allah yang menentukan.
Wahai hati, jangan bersedih, jangan pernah tersungkur di pertengahan jalan.
Ameen
p/s: kurniakan kami ramadhan lebih baik dari sebelumnya, dengan penuh pengharapan... dari seorang hamba kepada Tuhan, dalam pencarian mengenal erti kehidupan.
*Sumber rujukan http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/action,printpage/topic,18267.0/

Comments
Post a Comment