P.Ramlee, lagenda yang sinikal

Sedang menonton Ahmad Albab sekarang ini dan membuat diri berfikir yang selama ini aku tanpa ilmu dan kefahaman kurniaanNya tidak mampu melihat dunia melalui kaca mata yang ku sarung kini. Alhamdulillah.

Sebelum ini, boleh dikatakan saya membesar dengan menonton karya-karya teragung Alyarham P.Ramlee kerana E memang peminat setia beliau,begitu juga mak. Namun, bagai sebuah bas yang tidak tahu ke mana destinasi yang ingin dituju, menonton tanpa tujuan juga tidak memberikan apa-apa hasil. Dan kerana tiada anjakan paradigma dalam minda, ia langsung tidak memberi sebarang kesan selepas menonton filem beliau, yang saya ingat hanyalah lawak-lawak beliau yang memang tidak kering gusi melihatnya.

Dan kini, semakin ditonton filem beliau semakin saya lihat bahawa setiap filem beliau ada yang boleh dipelajari bahkan banyak sungguh pengajaran berbanding filem-filem masa kini.

Kata si hartawan kepada anaknya 'Soal jodoh ayah yang tentukan bukan Tuhan, ayah akan carikan yang kaya raya biar senang hidup di dunia' jawab si anak 'Tidak,saya akan buktikan pada ayah,semuanya Allah yang berkuasa. Ayah kahwinkan saya dengan orang miskin dan saya akan buktikan Allah yang menentukan kebahagiaan manusia!' Dan semua maklum apa yang berlaku dalam filem Ahmad Albab, pastinya? (jika tidak,tontonlah ye) Filem si tanggang, orang minyak dan banyak lagi yang mempunyai khazanah yang perlu generasi muda koreksi.

Namun seperti janjiNya, yang beruntung hanyalah mereka yang berfikir.Perlu berfikir untuk melihat dunia dari kaca mata seorang hamba, bukan hanya jasad tanpa akal, meminjam kata sahabat saya,jangan jadi seperti patung bernyawa.

Dan esok, hari bersejarah, segenap rakyat bakal berkumpul bersama untuk menegakkan keadilan memprotes ISA. Moga Allah permudahkan segalanya, walau apa jua yang bakal terjadi esok, biar dunia menyaksikan bahawa rakyat Malaysia juga cintakan keadilan dan bukan hanya lembu yang dicucuk hidungnya!

'Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.' (Al-Imran:54)

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being alone

2 weeks back to memory lane