Jika belum bersedia memberi,jangan berbicara soal hati
Beberapa hari lepas,saya telah meletakkan tajuk post ini di status YM dan juga facebook dan mendapat 'sambutan hangat' sebagai hasil, macam-macam reaksi telah saya dapati.
Mengapa terbitnya ayat ini,entah,saya sendiri tidak tahu. Namun ingin saya ungkaikan maksudnya pada diri ini.
Bukanlah kerana diri berbicara mengenai 'soal hati' itu, namun persoalan pemilik HATI itu sendiri.
Memberi, definisi yang cuba saya cari dari kamus dewan bahasa dan pustaka namun jawapannya tidak cukup memuaskan diri. Saya mula mendengar tag 'erti hidup pada memberi' daripada Ustaz Hasrizal, kali pertama semasa kem sewaktu awal hijrah saya pada agama ini. (Pengalaman yang tidak akan dilupakan, dikelilingi gunung-gunung, unggas-unggas yang bertasbih memuji keagunganNya.)
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, tahun demi tahun semakin saya mengerti erti MEMBERI ini. Layaknya bila kita memberi, kita tidak boleh meminta, itu namanya buruk siku. Jika kita memberi, kita tidak boleh mengungkit-ungkit, nanti digelar tidak ikhlas. Memberi dalam apa jua keadaan, itu namanya berbudi pekerti mulia. Dan bagi saya, MEMBERI itu layaknya seorang HAMBA. Jangan pernah untuk meminta balasan mahupun pujian,dari warga bumi mahupun langit nan tinggi.
Sebelum mencapai tahap MEMBERI tanpa balasan, maka perlu difahami erti kehambaan, erti kehidupan. ' Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' Suatu kesimpulan yang ringkas namun berat isinya lagi lengkap untuk memberi pengertian mengenai erti kehidupan seorang hamba. Hanya untuk berIBADAT kepadaNya dan tanpa kehadiran hati, yakni ikhlas dalam beribadat maka hilanglah amalan itu menjadi debu-debu.
'Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).. (Al-Araf:29)
Dengan kehadiran hati dalam solat, lahirlah khusyuk dalam erti sebenar. Meresaplah jiwa ketenangan bertemu sang Pencipta setiap kali datang waktunya. Dengan hati, seluruh anggota, bertakbir, bertahmid dan sujud dengan penuh kehambaan, MEMBERI dengan hanya mengharapkan redha Nya, walau balasannya tidak diketahui, mungkin diterima, mungkin juga
sebaliknya. Kerana hati memberi (noktah! tiada menginginkan balasan) sepenuhnya, hanya yang terbaik diserahkan.
Bila sudah terdidik sifat memberi,tidak ada lagi keluh kesah,getusan di hati.
'Aku sudah usaha, mengapa begini jadinya? ' ; 'Bukankah aku telah lakukan segala suruhanNya,mengapa masih diuji sebegini rupa?' dsbnya tidak akan terlintas di hati, jika ianya terjadi, cepat-cepat diINSAFI dan bermohon ampunan dari Ilahi.
Lengkaplah rukun iman kepada qada dan qadar,menerima segala ketentuan Ilahi.
Perlu bersedia untuk memberi,lebih tepat lagi memberi tanpa balasan baru hadir ikhlas di hati. Kemudian, bisa sudah berbicara soal hati.
Bila diri sudah memberi hanya keranaNya,maka ter ZAHIR lah erti hidup adalah pada memberi. Walau apa jua tanggungjawab yang dipikul, akan dijalankan dengan penuh amanah. Jika seorang anak sudah berjaya mengerti erti memberi, tiada lagi 'Adam' seperti drama Nur Kasih (sedang menonton drama bersiri tersebut, siapa tak faham kena tengok utk faham.huhu).
Dan pada saya sikap ini penting terutamanya dalam membina keluarga bahagia.Sebagai persediaan sebelum menjadi seorang isteri, untuk hidup bersama seorang yang bernama suami, memberi menjadi kunci kebahagiaan. Moga diharapkan hati ini akan bersedia untuk memberi bila tiba masanya, tanpa mengharapkan balasan kerana hati ini hanya mengharapkan redha Ilahi.
*Hanya suatu perkongsian dari saya,mungkin sahabat tidak bersetuju,atau masih ragu-ragu. Namun mari bersama-sama memberi, memberi peluang untuk sama-sama berlapang dada.
*Apa pandangan sahabat berkenaan, 'what you give you get back?' ,memang benar, namun dalam soal beramal kebaikan (keadaan dosa sedikit berbeza) saya lebih gemar jika ianya diubah menjadi, 'what you give, never expect anything back' coz you might go empty handed!
*Situasi ini ideal untuk kehidupan di dunia,huhu, by that i mean, balasan yang tidak diharapkan dari segi duniawi dan juga manusiawi.
*Seorang hamba hanya boleh MEMINTA dari TuanNya. Jika dilihat seerah perjalanan Rasulullah saw , baginda hanya meminta apa yang perlu sahaja, dengan penuh pengharapan dan takut jika tidak dimakbulkan.Di sini jelas sifat kehambaan itu masih perlu ada walau baginda adalah kekasihNya. Baginda memberi sepenuh hati kerana mengerti erti hidup itu pada memberi. Dakwah baginda tidak pernah disaluti harta dan wang berjuta, bahkan penuh onak dan duri.

Comments
Post a Comment