Erti Kebahagiaan
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik alam semesta. Yang Maha Sempurna lagi Esa.
Setelah 3minggu berada di bumi Newcastle sebagai pelajar tahun empat, terasa diri sememangnya telah cukup tua. Lebih-lebih lagi, tiada kedengaran suara zaffan,diey,hanisah,ada dan semua sahabat seperjuangan yang telah kembali dengan jayanya ke Malaysia. I am missing each and everyone of them and to Wan Nurdiana Baizura Wan Hassan dan zauj, mabruk! moga perkahwinan kekal hingga ke akhirat, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah menjadi penerus perjuangan antuma. Ameen.
Walau dari kejauhan dan kesedihan tidak dapat bersama, namun amat gembira untuk diey!!! Moga yang lain yang bakal menyusul,Allah permudahkan segalanya. Doakan kami di sini juga.
Sungguh lain tahun ini berbanding sebelumnya...dugaan juga makin berbeza. Bagaikan level game yang akan sentiasa meningkat setiap kali ujian berjaya dilepasi, begitulah juga kehidupan. Allah akan sentiasa menguji hamba-hambaNya dan mati jualah rehat yang selamanya.
Namun,alhamdulillah sedikit demi sedikit aku semakin melihat apa yang cuba DIA sampaikan. Sabar dan bersyukur dengan setiap sesuatunya, pasti ada hikmah dari Yang Maha Esa.
Buat adik2 yang baru sahaja tiba di bumi ini,selamat datang!
selamat datang ke kota yang penuh hikmah dan cabaran,
murnikan niat di hatimu dan ikhlaskan setiap tindakan,
Tetapkan iman di hati sebagai benteng mendepani hasutan syaitan,
Kerana di bumi ini engkau bebas membuat pilihan.
Moga Allah lorongkan hati-hati kita semua ke jalan kebaikan.
Moga adik-adik semua temui erti kebahagiaan,
Memohon penuh pengharapan hanya kepada Tuhan,
dan semoga dengan itu, engkau kenali erti kehambaan, hakikat kehidupan :)
Ameen ya Rabb
Comments
Post a Comment