HambaMu yang Sering Lupa
Aku duduk termenung seorang diri,
Mengadap lautan yang luas tiada bertepi,
Menatap jauh mendalami indahnya kilauan matahari,
Yang setiap hari tetap teguh berdiri,
Menurut penuh redha ketentuan Ilahi.
Dan aku?
HambaMu yang sering alpa oleh dunia,
Lemahnya wahai diri mudah terpedaya,
Kesedihan dianggap musibah tiada penghujungnya,
Nikmat dilihat punca bahagia.
Desiran ombak bagaikan menyeru hambaMu ini untuk tunduk,
Angin menyapa menyedarkan aku agar bangun dari tidurku,
Walau hidup ini tidak seindah yang diimpikan,
Bersyukurlah bahawa Sang Pencipta masih setia mencurahkan nikmat kehidupan.
giving meaning to life
erti kehambaan
hakikat kehidupan
Comments
Post a Comment