Hidup ini suatu persinggahan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah padaNya pemilik seluruh alam raya, tiada satu pun makhluk yang bernafas tanpa belas kasih Yang Maha Agung. Dan aku tunduk dan patuh hanya padaMu dan tiada selainnya.

Sungguh, hidup ini penuh dengan ketidakpastian.Kematian mungkin tiba tanpa sebarang persediaan. Gembira, suka dan duka lumrah kehidupan yang tidak dapat tidak akan dilalui oleh setiap makhluk ciptaanNya. Hidup ini bukan suatu kesenangan namun penuh dengan ujian dan cabaran seperti yang diterangkan oleh Allah swt dalam Al-Quran.

Alhamdulillah perit jerih kehidupan di waktu ini dikurniakan sedikit penghargaan dari rahmatNya, Allah mudahkan urusan mak dan adik untuk ke UK dan mereka kini di sini hingga 16 Januari 2010 insyaAllah.

Selama 3 minggu kami bermusafir bersama-sama sepupu saya, k.cha dan sungguh banyak sentuhan-sentuhan yang telah Allah berikan kepada kami.

Dunia ini hanya persinggahan

Musafirnya kami lain dari yang lain. Disebabkan budget yang agak kecil kami banyak makan meggi dan naik bus selama 12jam untuk menjejakkan kaki ke beberapa negara Eropah dan alhamdulillah banyak mendidik diri ini mengenai apa yang penting dalam kehidupan ini.

Kepayahan seorang ibu mendidik kami sememangnya tidak mampu untuk aku balas. Hina sungguh diri ini alhamdulillah Allah memberi diri ini peluang memberi di kala masih mampu menghabiskan sepenuh masa melayan kerenah ibu. Di kala mak masih mampu berdiri, mendaki tangga dan sampai ke puncak Eiffel Tower, masih mampu bangun bila terjatuh. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang, walau aku tahu aku tidak akan mampu membalas jasanya.

Wahai sahabat yang disayangi, percayalah diri ini, sukar sungguh untuk berbakti kepada orang tuamu, sabarnya mereka mendidik kita tidak mampu ditandingi oleh kasih seorang anak itu. Maka,cubalah, cuba untuk membalas jasa mereka sejak dari awal lagi, moga dengan usaha yang sedikit itu mendidik diri dan mempersiapkan diri untuk lebih memberi di kala mereka tua dan mungkin kurang berdaya lagi. Practice makes perfect, and it does apply to this as well.

Renungi dalam-dalam segala pengorbanan mereka, tataplah wajah kedua ibu bapa mu, perhatikan setiap garis-garis kedut di muka mereka, redup dan sayunya kedua mata mereka, sayup-sayup suara mereka memberi leteran saban hari yang kini semakin kurang didengari. Itulah tandanya mereka mungkin tidak lama lagi di dunia ini, moga dengan itu kita mampu memberi dan memberi.

Ya Allah, Engkau kenalkan kami denganMu,jangan dibiarkan kami jauh dariMu lagi.ameen.

Semua yang ada di dunia ini akan hilang dari diri,
Yang kekal hanyalah amal kebaikan,
Dunia ini hanyalah persinggahan,
Sebelum tiba ke destinasi yang telah dijanjikan,
Moga tidak dilalaikan dengan dunia yang hanya pinjaman.




Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone