Setiap saat kehidupan, semakin dekat dengan kematian

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Allah swt yang memelihara dan mencipta setiap makhluk tanpa mengharapkan apa-apa jua dari hamba-hambaNya.

Alhamdulillah, aku masih berdiri teguh, berpegang kepada tali akidah, Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah swt.

Hati terlalu kecewa melihatkan perkembangan di tanah air, umat Islam sendiri lupa apa masalah sebenar yang didepani namun ditipu oleh diri sendiri akibat kejahilan diri, bukan mata yang buta namun hati yang buta. Dan saya amat menggalakkan sahabat semua untuk membaca blog Ustaz Nasrudin Tantawi untuk kupasan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah swt, sila klik di link ini. Moga dijadikan bahan untuk berfikir dan memandu akal kita ke arah kebenaran,insyaAllah.
Ingatlah Islam itu berdiri di atas 'kesederhanaan' dalam segala perkara, tidak berlebihan-lebihan atau terlalu meringan-ringankan.

Entah mengapa, sudah masuk 2 bulan diri asyik memikirkan tentang mati. Apa jua ,kesannya amat dalam pada diri, mungkin banyak sungguh berita mengenai kematian akhir-akhir ini. Rasulullah saw ada bersabda bahawa;

‘Orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah orang-orang cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat’. ” (HR Ibnu Majah)

Orang yang banyak mengingati mati adalah mereka yang bijaksana, kerana dengan peringatan bahawa kita hanya musafir lalu di dunia ini, hati tidak akan terikat dengan dunia, akal tidak hanya mementingkan diri untuk kesenangan yang sementara dan anggota akan terjaga dari perkara-perkara tercela kerana sedar bahawa mati bakal menjemput bila-bila masa sahaja.

Dalam masa dua bulan ini juga, ditambah kedatangan ibu ke newcastle, memberi peluang saya mengerti erti berbakti pada mak (bila pulang ke malaysia amat berlainan sekali, di sini mak tak tahu semua benda, saya perlu menjaga mak sebaiknya, memakaikan winter coat,gloves :) sepertimana mak jaga kami semasa kecil ,alhamdulillah juga diberi kesabaran dari As-Sabr) Dan yang paling penting, sebelum mati datang saya mula sedar sikit demi sedikit, untuk menghargai apa yang ada di depan mata.

Alhamdulillah, tiada seorang pun makhluk yang diturunkan dan dipertemukan dengan saya yang buruk lagaknya, kotor hatinya mahupun mengguris hati ini. Hanya pada Allah kembali segala puji-pujian. Namun atas kelemahan diri, saya selalu mengambil remeh insan-insan istimewa dalam hidup ini. InsyaAllah, azam sempena tahun hijrah ini untuk lebih menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup ini. (ditambah azam bersempena kelahiran untuk menjadi hambaNya yang lebih bersyukur padaNya, cantik la tu kan? doakan).

Ingatlah, tiada sesaat Allah pernah terleka dengan setiap perbuatan diri ini, bukan sahaja tindakan namun setiap yang terdetik di hati. Terutamanya diri ini, moga Allah temukan makna dalam erti hidup pada memberi dan menerima hanya untuk menambah rasa kehambaan di dalam diri dan hati. Moga Allah lorongkan jalan-jalan kebaikan untuk mengenal erti kehidupan, erti kehambaan.

Wallahu'alam

Buat adik-adik yang disayangi:hazira,amni,amelina,dayana,erna,shafini,farhana,ainun,kauthar,
iman,fiqa,liza,aida,sakeenah,fiha dan semua(maaf xdpt nk sebut semua sebab dah pukul 2pg ni,huhu) dan kakak2-k.madihah,abang2 yang bakal berjuang di medan jihad mata pena tidak lama lagi, moga Allah permudahkan urusan kalian. Moga diberi kefahaman dan kemudahan mengingat. Bittaufiq wannajjah.Ameen Ya Rabb.

Ayuh, berbakti selagi diri mampu memberi demi mencapai redha Ilahi! :)


Munsyid : Muhammad Al-Husayyan
---------------------------------
Terjemahan : WeWR Entertainment
==========================

Optimisnya daku selalu
Dengan Tuhan yang Berkuasa
Dengan Tuhan yang Maha Mengasihani, Pelembut & Mengetahui

Jalan Allahlah yang menghidupkanku
Daripada kesedihanku Dia menyelamatkanku
Dan mengambilku kepada keampunan
Dan kemenangan selepas kekalahan

Ilahi Engkaulah Pemilik Kelebihan
Dengan penuh Kemurahan menemuiku
Ilahi tiada tersembunyi daripada-Mu
Segala perbuatan insan hamba-Mu

Aku hamba aku berdosa
Dan jalan kejahatan menyesakkanku
Dan kutukarganti hadiah daripada-Mu
Dengan menjauhkan diri dan tidak mengendahkannya

Aku kembali kepada-Mu setulusnya
Dan gentarku pada-Mu membuatkan kumenangis
Dan tidak seorangpun yang bertaubat kecuali
Engkau ampunkannya dengan redha

Ketenangan hidup tidak mampu dihadiahkan (kepada sesiapa)
Tidak dapat dibeli dengan apa jua hargapun
Alangkah bahagianya daku dengan Rahmat-Nya
Dan alangkah bahagianya daku dengan keimananku

Wahai Tuhan sampaikanlah harapan
Ampunkanku ketergelinciranku
Dan gapailah tanganku daripada dunia
Kepada cahaya-Mu dan syurga-Mu

Nota Terjemahan (Jangan dibuang kalau copy paste tempat lain)
----------------
* Terjemahan tidak secara harfiah. Berdasarkan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis lirik.
** Atuf atau Atfin = Boleh diertikan sebagai pemurah, pelembut, dan pengasihani.
*** Tarikh : 7 September 200

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone