Posts

Showing posts from March, 2011

Mak

I hope and I wish Some day I would be as strong as you, As patient and as thankful, To still be able to put a smile, For your little girl, No matter what the hardship that HE put you through. Maafkan anakmu ini tidak sekental mu mak, I miss you very much, I am sure the wounds in your heart is much more to bear compared to mine, Maafkan ema. Tak sabar untuk mendakap mak! Ya Allah, Engkau tunjukkan jalan yang benar kepada kami, Kasihanilah kami ya Allah. Demi nyawa ku di tanganMu, Jangan biarkan aku berputus asa dari rahmatMu.

Batas asa ku

Tangan ini masih juga ingin mencoretkan rasa di hati walau seluruh tubuh begitu letih sekali. Minggu ini aku berkerja cukup 7 hari dan paling getir ujian yang diberi aku kembali merasa 'malas' untuk melangkahkan kaki ke hospital, yang akan bakal aku kunjungi setiap hari tidak lama lagi sehingga nafas ku ini berhenti,insyaAllah. Maka sikap ini membuatkan aku bermuhasabah dan memikirkan kembali hakikat diri ini. Mengapa aku melakukan semua ini? Adakah kerana pangkat? harta? Sungguh tiada ertinya jika aku termasuk dalam golongan mereka. Suatu perkara yang aku yakin DIA ingin aku fahami adalah mengenai niat, tidak cukup dengan itu ia perlu disulami sabar dan taqwa dan dihiasi tawakal. Dengan keyakinan penuh bahawa setiap usaha ini bukannya untuk dunia namun untuk dunia yang lebih abadi yakni di akhirat nanti. Setelah 5 tahun menjadi pelajar perubatan, satu yang aku pelajari adalah aku tidak akan mampu menjadi sempurna- tahu segala-galanya dan mahir semua kepakaran yang ada. Sungguh...

Secret of life

Every time I think I know what is the meaning of life, Again, I will stumbled, Not knowing what I should know and should not know. But life is a secret, Which will unfold at its own accordance, and not knowing is the secret of life, whilst knowing how to face it is what lies. Human is not perfect, Human is forgetful, Human is always not thankful, And our thoughts are full with gaps and at times gone to waste due to our own ignorance. That is what HE has informed us, And to know our weaknesses is what will help us to face this secret of life, Only death can unfold the mysteries, And forever rest our soul in peace. And so, I will keep on going, Every time I stumble and even fall, I will rise and keep on walking. Knowing that with all the weaknesses, Only those who repent will benefit, And that only death, Will ever stop me InsyaAllah Dalam mengenal erti kehambaan, hakikat kehidupan. 10 minggu lagi ya Allah,aku bakal berdepan medan jihad mata pena ku, hanya Engkau yang bisa memahami peras...

Pelaburan kekal

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah). 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. Sungguh hidup ini terlalu singkat bagi hambaNya yang hina ini untuk beramal dan menyelamatkan diri dari seksa api nerakaNya maka Rasulullah saw tinggalkan dan peringatkan umat baginda bahawa ada 3 amalan yang akan berterusan menjadi pelaburan tetap walaupun ajal datang menjemput. Sebelum ini aku tidak pernah terkesan sebegini rupa mendengar hadith ini, mungkin kerana diri terlupa hakikat kehidupan yang abadi adalah di akhirat nanti dan bukan di dunia yang penuh fatamorgana ini. Sehari-hari kehidupan dijalani tanpa memikirkan mengenai tujuan hidup mengapa kita dilahirkan yakni untuk menjadi musafir yang berteduh sebentar di pohon yang rendang. Dunia diibaratkan sebagai pohon yang rendang kerana lagaknya ...

Islam dan Ummah

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah swt yang Maha Agung yang mentadbir tanpa bantuan sesiapa atau apa-apa pun jua. Aku sedar diri perlu belajar sekarang namun tangan ini begitu gatal untuk menulis maka jari jemari ini tergerak untuk menekan punat-punat di laptop ku :) Alhamdulillah hari ini berpeluang berukhuwwah dengan saudara dari Iraq, Dr. NurRaihan seorang pakar sakit puan yang datang ke UK untuk menambah ilmu dan dibawa pulang kembali ke Iraq. Saudara ku ini meninggalkan keluarganya, termasuklah anak yang berumur 5 tahun untuk menyumbang kepada negaranya, masyaAllah, aku kagum dengan wanita ini. Pengorbanan - tadhiyyah Tiada cinta tanpa terluka, tiada kejayaan tanpa usaha, tiada kekayaan tanpa titik peluh, tiada iman tanpa amal. Tiada yang percuma di dunia ini, walau sekecil-kecil amalan pasti menuntut kepada pengorbanan sama ada tenaga, masa, harta atau nyawa. Apatah lagi jika menginginkan syurga Nya yang Maha Sempurna dan abadi, ia menuntut seribu satu pengorbanan...

Berani bermimpi

Image
Alhamdulillah ,alhamdulillah alhamdulillah. Tidak akan cukup aku bersyukur ya Allah di atas segala nikmat kurniaan Mu. SubhanaAllah... Moga setiap langkah ku ini sentiasa dalam redhaMu,moga aku mampu membuatkan Engkau tersenyum walaupun seketika cuma. Mari bermimpi 1. Setiap hari satu core conditions! Moga bila sampai exam dah bersedia,insyaAllah 2. Tingkatkan amalan dan hafazan 3. Bersihkan hati!!! tiap2 hari kena basuh guna kolorox then sidai make sure xkepam 4. Nak jadi insan yang lebih positif: lihat yg + lupakan yg - 5. Kumpul duit nak berhikmah kembara - Morocco, Bosnia, Jordan, Syria, Grand Canyon here i comeeeee 6. Cari murabbiah- mangsa sekarang k.syiqin .hehe. moga2 dia kata ok Kesimpulannya saya tiada amanah yg tergalas lagi jadi saya boleh fokus pada pembaikan diri dan persiapan untuk tahun akhir. Ayuh, persiapkan segala kelengkapan untuk ke medan jihad mu itu Lailatulema Abbas, persiapan bukan hanya dunia tapi akhiratnya jua, ini jihad sebenar-benar jihad, ahli perang Bada...

Things never stay the same

I miss those moments, Maybe I was innocent, Hence I treasure everything, Just as it appears. As I grow older, You think and JUDGE everything, You appreciate subtle actions, As you always said 'thoughts is more important that actions', That how your brain and heart usually work. Where should I find solace in this mess, Every time I started walking, I will fall again, As he is not the same man, Who love me just because... Never will things be the same again, As there is a deep cut in this heart, Which seems to heal but repeatedly scared. How do I find strength to walk again. It is more painful, Knowing that your love is not enough to touch his heart, That others matter more than your so called good intention, It makes you lose you way, Am I doing the right thing still? But I know deep inside, He is still my dearest, I will keep on praying until my last breath, As no bad act can counter act the goodness that has been given, But a good act counter act the bad. And this is the only ...

Alhamdulillah

Alhamdulillah di atas segala-galanya ya Allah,terima kasih di atas segala nikmat dan ujian yang Engkau berikan. Agama ku- solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Mu Ya Allah,berat ujian ini ku rasakan. MasyaAllah, aku merasakan Engkau telah menginjakkan diriku untuk diuji ke tahap yang lebih dari sebelumnya. Jika sebelum ini aku di level 1, kini aku rasakan aku di level 2 'permainan video' ini. Lemah aku rasakan ya Allah. Keluarga, Kufar, Musyrikin, Qalb, Nafs, Semua ini ujian yang telah Engkau perincikan di dalam Al-Quran dan aku sedikit demi sedikit menyaksikan kebenaran kata-kataMu. Ya Allah, sungguh tidak mampu aku membayangkan bagaimana kekasihMu berdepan dengan kata-kata kesat, palitan najis dan batu sehingga berdarah Rasul ku itu, namun masih baginda mampu memberikan kasih sayang dan mendoakan mereka. SubhanaAllah, terbuktinya bahawa baginda memang merupakan sebaik-baik contoh tauladan. Dan aku? Baru sahaja diuji sedikit, dengan ber 'hikmah' ditegur mengenai pema...