Pelaburan kekal
Amalan ketiga ini menjadi muhasabah diri, ia merupakan peringatan kepada kita untuk menjadi anak soleh sebaik yang mungkin sebagai balasan kepada semua jasa yang telah ditaburkan oleh ibu dan bapa kita,walaupun ianya tidak dapat membalas semua jasa mereka. Di riwayatkan oleh Abu Bakar Al Bazzar ada seorang sahabat sedang tawaf sambil mengendong ibunya seraya berkata, 'Ya Rasulullah,apakah saya telah menunaikan haknya?'. 'Tidak sama sekali,walau setitis darah waktu melahirkanmu pun belum terbayar,' kata Rasulullah saw. MasyaAllah betapa besarnya jasa kedua ibu bapa kita dan tidak mungkin akan terbalas oleh kita maka apalah sekiranya kita berusaha untuk menjaga perilaku dan akhlaq diri dan mencuba sebaik mungkin menjadi aset kepada mereka di akhirat kelak.
Maka wahai anak,
Janganlah pernah engkau menyesali kelemahan mereka,
Kerana semua manusia tiada yang sempurna,
Usahakanlah dirimu menjadi anak yang dapat menjadi bekalan,
Buat kedua ibu bapa yang ikhlas membesarkan mu tanpa mengharapkan balasan.
Comments
Post a Comment