Islam dan Ummah

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah swt yang Maha Agung yang mentadbir tanpa bantuan sesiapa atau apa-apa pun jua.

Aku sedar diri perlu belajar sekarang namun tangan ini begitu gatal untuk menulis maka jari jemari ini tergerak untuk menekan punat-punat di laptop ku :) Alhamdulillah hari ini berpeluang berukhuwwah dengan saudara dari Iraq, Dr. NurRaihan seorang pakar sakit puan yang datang ke UK untuk menambah ilmu dan dibawa pulang kembali ke Iraq. Saudara ku ini meninggalkan keluarganya, termasuklah anak yang berumur 5 tahun untuk menyumbang kepada negaranya, masyaAllah, aku kagum dengan wanita ini.

Pengorbanan - tadhiyyah

Tiada cinta tanpa terluka,
tiada kejayaan tanpa usaha,
tiada kekayaan tanpa titik peluh,
tiada iman tanpa amal.

Tiada yang percuma di dunia ini, walau sekecil-kecil amalan pasti menuntut kepada pengorbanan sama ada tenaga, masa, harta atau nyawa. Apatah lagi jika menginginkan syurga Nya yang Maha Sempurna dan abadi, ia menuntut seribu satu pengorbanan yang perlu disulami kesabaran dan amal soleh yang tetap subur walau badai melanda sehari-hari kehidupan. Itu adalah sunnatullah.

'Bilakah doktor berkahwin?' ,wanita ini menjawab 'Ketika umur saya 35 tahun selepas mendapat phD. Bagaimana mungkin diri mampu untuk terus berjaya jika telah berkahwin awal.' dan aku hanya mampu tersenyum. 'Jika menjadi pakar, mesti jarang untuk berjumpa pesakit,saya tidak suka keadaan itu.' dia berkata ' Memang tetapi kita akan merasa penat setelah bertemu pesakit selepas beberapa tahun, apabila menjadi pakar juga kita hanya bertemu pesakit yang rumit keadaannya sahaja.' MasyaAllah wanita ini tahu apa yang diingininya. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusannya, moga dia dapat berbakti pada agama dan negaranya. Moga keikhlasan dalam dirinya menyentuh hati-hati manusia di sekitarnya. ameen ya Rabb.

Dan itulah pengorbanan dirinya.

Hal ini membuat aku tertanya, pengorbanan yang bagaimanakah mampu aku lakukan? Hati ini begitu berat untuk membuat keputusan mengenai masa depan namun benarlah kata pujangga, jika kita gagal merancang kita merancang untuk gagal. Hati ini begitu ingin untuk dekat dengan masyarakat bukan terperuk di dalam klinik hingga ke petang hari sahaja. Hati ini juga begitu ingin untuk menjadi seorang ibu yang mampu mendidik para syuhada' yang bersedia untuk berjuang di medan jihadNYA. Hati ini menginginkan untuk mendidik masyarakat,generasi-generasi muda mengenai indahnya hidup di bawah lembayung kasih Nya. Maka aku merancang aku mungkin akan menjadi kronik MO :)

aku ingin terbang bukan sahaja sebagai doktor yang merawat sakit yang zahir tetapi juga batinnya, yang mana tiada universiti mahupun insitusi perubatan yang mampu memberikan aku kepakaran ini. Maka bagaimana? ya Allah, bukakanlah jalan-jalan kebaikan pada hambaMu ini, tunjukkan aku jalan yang terbaik buat agamaku. Dan ini pengorbanan diriku ... biarlah aku nampak kosong di hadapan mata manusia,sekadar kronik MO namun moga aku mampu menyentuh hati-hati manusia untuk melihat dengan mata hati dan bukannya mata yang kabur dek dunia.

Umat Islam

Pertemuan dengan Dr.Nurraihan memberikan aku seribu kekuatan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dirinya berjaya melepasi ujian peperangan! Diberi peluang turut sama berjihad ketika Perang di Iraq dan Allah selamatkan dirinya dan keluarganya untuk menjadi peringatan kepada diri ku ini.Alhamdulillah, terima kasih ya Allah and thank you my dear sister! May Allah make ease of everything for you.Ameen ya Rabb.

Manisnya hidup sebagai umat Nabi Muhammad saw, ditautkan dengan kekuatan akidah, tidak mengira bangsa dan warna kulit, kita satu kita sama, yang membezakan hanyalah taqwa. Ya Allah, moga aku juga diberi peluang berjihad di jalanMu.ameen ya Rabb. Moga umat Islam kembali bersinar dan berpegang teguh kepada taliMu semula. Moga gelombang perubahan; tumbangnya kezaliman dan tertegaknya keadilan membawa kami semua kembali menjadi satu ummat mu, wahai Nabi Muhamma,kekasih ku yang satu.

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone