Alhamdulillah

Alhamdulillah di atas segala-galanya ya Allah,terima kasih di atas segala nikmat dan ujian yang Engkau berikan.

Agama ku- solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Mu

Ya Allah,berat ujian ini ku rasakan. MasyaAllah, aku merasakan Engkau telah menginjakkan diriku untuk diuji ke tahap yang lebih dari sebelumnya. Jika sebelum ini aku di level 1, kini aku rasakan aku di level 2 'permainan video' ini. Lemah aku rasakan ya Allah.

Keluarga,
Kufar,
Musyrikin,
Qalb,
Nafs,

Semua ini ujian yang telah Engkau perincikan di dalam Al-Quran dan aku sedikit demi sedikit menyaksikan kebenaran kata-kataMu. Ya Allah, sungguh tidak mampu aku membayangkan bagaimana kekasihMu berdepan dengan kata-kata kesat, palitan najis dan batu sehingga berdarah Rasul ku itu, namun masih baginda mampu memberikan kasih sayang dan mendoakan mereka. SubhanaAllah, terbuktinya bahawa baginda memang merupakan sebaik-baik contoh tauladan.

Dan aku? Baru sahaja diuji sedikit, dengan ber 'hikmah' ditegur mengenai pemakaian ku 'saya rasa awak kena tukar atau cari pakaian yang tak gelebeh supaya xkena pesakit.' ya Allah, sebelum ini baru kena tegur, 'pesakit lebih penting dari solat.' (benar tetapi jika nyawa mereka diambang maut,tidak jika mereka sihat dan tidak kritikal!) dan aku hanya mampu tersenyum. Dan aku ingin jadi seperti kekasihku itu, 'ya Allah,bukakan hati mereka pada agama Mu,kebenaranMu sesungguhnya mereka itu jahil ya Allah.'

Teringat sewaktu tahun pertama aku solat di salah satu komplek membeli belah di Leeds, beberapa budak membaling batu semasa aku solat.

'di bilik pembedahan tidak boleh bawa pakaian luar! pakai sahaja topi ini. tapi....' 'sebelum ini tiada masalah maka saya tak nampak apa masalahnya dengan awak!'
Hati ini memberontak,
Aku tidak ingin menjadi fitnah kepada agama Mu,
Namun aku membatu tidak mampu berkata apa,
Hanya mampu tersenyum,
Namun dalam hati ini,
Bagaikan letupan lava baru sahaja berlaku!

Terkenang kembali saat paling menyedihkan dalam hidupku ... 'tak payah la pakai tudung... '

Jangan bersedih

ya Allah,berikan aku hikmah dalam dakwah ku kepada mereka.Aku sedar ya Allah, dalam ujian ini banyak nikmat dan hikmah karunia Mu, alhamdulillah aku masih lulus setiap assessment ku, alhamdulillah mereka tidak dipengaruhi pendapat mereka itu. Terima kasih ya Allah. Allahu Akbar!

Namun aku risau ya Allah, apakah aku telah menjadi fitnah kepada agamaMu? Aku keliru ya Allah, bagaimana perilaku ku? ya Allah,tunjukilah aku jalan lurusMu jangan biarkan aku menentukan nasib ku sendiri.Hanya padaMu aku bermohon, rahmati dan redhai lah setiap langkah ku. Kuatkan iman dan iltizam ku ini. Dan pastinya Engkau akan menguji keteguhan agama ku ini lagi dengan ujian yang lebih hebat lagi, dan hanya satu pohonku, jangan biarkan aku terkesan ya Allah, moga aku tetap teguh berpegang pada tali agama Mu ya Allah. Ambillah segala-galanya dari ku tetapi bukan nya agamaMu ini.

Setiap saat, setiap langkah,
Mengenal erti kehambaan,
Hakikat kehidupan....

Al-faqir illaAllah

Comments

  1. kak ema =) Allah selalu lebih tahu siapa Dia uji, dan ujian apa yang diberi

    Ujian selalu membuang dosa lama
    Ujian selalu mengangkat darjat seseorang disisi Allah
    Ujian juga selalu memberi ganjaran kebaikan kepada hamba yang di uji

    semoga kuat kak :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone