Posts

Showing posts from April, 2011

Jangan berharap pada manusia

Image
Alhamdulillah ya Allah di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada hambaMu ini, yang penuh dosa dan keluh kesah. Namun tidak pernah Engkau menzalimi hambaMu ini. Terima kasih ya Allah. 'Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.' (Al-Furqan:63) Allahu ya Salam, berilah ketenangan pada hati ini. Sungguh jika jiwa berharap pada pandangan makhluqnya yang lain nescaya kecewalah hati ini sentiasa. Apatah lagi jika pergantungan hidup diberikan kepada makhlukNya yang lemah dan tidak disandarkan kepada Pemilik Jiwa. Namun disebabkan kelemahan hamba-hambaNya sentiasa memerlukan kepada sesuatu yang zahir untuk dijadikan sandaran maka hati-hati itu sentiasa dalam keadaan kecewa dan sedih bila yang diharapkan tidak kesampaian, kecuali kepada mereka ...

Mencuba menjadi

Ya Allah bantulah aku dalam iltizamku ini, Kali ini aku ingin pergi ke medan tempur dengan persediaan yang rapi, Kerana dulu aku lebih banyak berkeluh kesah namun amat sedikit usahaku, InsyaAllah kali ini aku akan lebih berusaha, Aku ingin membantu mereka, Kerana membantu insan mendapat hidayahMu lebih baik dari cahaya matahari, Apatah lagi mereka insan yang amat ku sayangi, Aku tidak ingin menunggu bulan jatuh ke ribaku, Aku ingin selembut baginda Rasulullah saw, Berbekalkan kesabaran yang tinggi seperti Nabi Nuh, Kerana hidup ini tiada yang pasti, Esok hari mungkin aku tiada lagi di sini, untuk menyahut panggilan Ilahi, Maka aku ingin berusaha lebih kuat lagi, Aku ingin memulakan kembali langkah ku yang goyah sebelum ini, Dan semuanya bermula dariMu dan berakhir jua denganMu, Aku mohon dengan penuh pengharapan ya Allah, Temani diriku dalam setiap langkah ku ini, Moga aku tidak lagi tersungkur dalam pendakian kali ini, Kerana aku hanya mendambakan redhaMu ya Ilahi. mari sama-sama tont...

Zon tak selesa

Image
Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik seluruh alam semesta. Aku syukuri nikmat hidupku ini, aku mampu menghirup udara pada hari Jumaat, penghulu segala hari yang mulia ini. Alhamdulillah. Zon selesa Semuanya masuk akal di sini, sekurang-kurangnya kebanyakan darinya. Jika ingin naik bus, perlu beratur. Jika ingin menaiki bus, rujuk kepada jadual waktu bus. Jika ingin makan, jalan kaki ke kedai dan belanja dengan sebijaknya dan pasti anda akan berjaya berjimat cermat :) Jika anda ingin berjalan ke belakang,silakan, anda punya hak kemanusiaan di negara ini, lakukan apa sahaja selagi tidak bercanggah dengan undang-undang yang termaktub, ingin berdemonstrasi atau ingin mabuk pun tidak mengapa (perilaku yang salah tetapi benar berlaku) Dan ini semua akan berakhir tidak kurang dari 8 minggu lagi bila mana aku akan berangkat pulang ke tanah air insyaAllah. Zon tidak selesa Semuanya tidak masuk akal di sana, walaupun kami negara Islam. Jika ingin naik bus, tidak per...

Makan madu dan bermadu

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah milikNya yang Maha Esa lagi Maha Agung. Tiada sedikit pun dizalimi hamba-hambaNya malah ditaburi pelbagai nikmat dan ujian untuk menaikkan lagi kedudukan hambaNya di sisiNya. Madu Saya amat suka makan madu dan terbaru, habautussauda', antara makanan yang bagus untuk kesihatan diri dan disebut dalam al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Walaupun saya mengambil bidang perubatan dan boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai kebaikan madu tetapi itu bukan tujuan artikel ini ditulis :) . Kini,saya sedang membaca buku karangan Muhammad Ali Qutb yang bertajuk 'Women around The Messenger' ataupun wanita di sekeliling Nabi Muhammad saw. Sangat seronok membaca peranan-peranan setiap wanita ini, dari ibu baginda sehinggalah permata hati baginda saw. Sebagai seorang wanita saya sarankan untuk kita baca mengenai peribadi-peribadi istimewa ini untuk menjadi model dan sumber inspirasi yang moga dengannya kita tahu bagaimana dan apa peranan kit...

Ujian tawakal

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt. Tiada yang layak dan berhak dipuji melainkan Allah swt. Cuak Diri sudah mula sukar untuk tidur di malam hari, makan juga sudah kurang selera dan hati telah mula berdebar-debar .... menantikan saat itu, apakah ianya? InsyaAllah dalam 6+minggu lagi sebelum peperiksaan terakhir kami semua dan inilah punca diri duduk tidak senang,mandi tidak basah dan makan pun kurang kenyang.hehe. '(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal. ' (Al-Imran:122) Tawakal, itulah jawapan kepada segala permasalahan dan itulah jawapan kepada kecuakan yang aku hadapi kini. Ya Allah,hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu termasuk setiap rasa dan ketakutan hambaMu ini dan padaMu jua aku bermohon pertolongan. Moga ...

Jaulah Ala-tul PART III

Alhamdulillah, segala puji-pujian dikembalikan kepada Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau ini hidup tidak pernah sunyi dari ujian dan dugaan, namun Dia masih lagi memberi kekuatan untuk teguh berdiri dan terus dalam nikman Islam dan iman,insyaAllah. Lama sungguh tidak melihat dan merenung jaulah ke Mesir, berlatar belakangkan lagu KCB, aku tergerak untuk menulis mungkin muhasabah terakhir sebelum aku menutup coretanku mengenai jaulah ala-tul ini. Namun sudah pastinya ia tidak bermakna aku bisa melupakan semua pengalaman di sana dengan nukilah terakhir ini. Rindu MasyaAllah hati ini sering terkenangkan waktu di Mesir terutamanya ketika di puncak gunung Sinai, di mana tempat munajat Nabi Musa. Dan aku kini mula menanam cita-cita,doa, duit dan perlengkapan yang lain untuk berjaulah ke Syria dan Jordan insyaAllah, bi'iznillah. Izinkan aku menjejakkan kaki ke bumi anbiya' itu dan aku tamatkan dengan ziarah ku ke rumah Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Semuanya ber...

Akheboo

Image

Sakit gigi- sakit semuanya II

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt. Alhamdulillah kepada Pemilik seluruh alam semesta aku masih dapat menghirup udara ini dan masih kukuh berdiri walaupun genap lagi 8 minggu untuk peperiksaan akhirku. Allahu Akbar! Sakit gigi.... lag i Alhamdulillah, diuji lagi dengan sakit gigi memang setiap kali aku sakit gigi seluruh tubuh ku merasa sakitnya. Tiada selera makan, kurang bercakap dan sakit nya, hanya Allah yang tahu! walaupun ianya hanyalah organ yang amat kecil. Benarlah kata kekasihku, Nabi Muhammad saw, 'Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang, belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan.' Itulah yang aku rasakan kini, begitu terganggu dengan keadaan umat Islam kini apa yang benar disanggah dan apa yang batil dipercayai semudahnya tanpa menyiasat dan berlaku adil kepadanya. Apalah gu...