Zon tak selesa

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt pemilik seluruh alam semesta. Aku syukuri nikmat hidupku ini, aku mampu menghirup udara pada hari Jumaat, penghulu segala hari yang mulia ini. Alhamdulillah.

Zon selesa

Semuanya masuk akal di sini, sekurang-kurangnya kebanyakan darinya. Jika ingin naik bus, perlu beratur. Jika ingin menaiki bus, rujuk kepada jadual waktu bus. Jika ingin makan, jalan kaki ke kedai dan belanja dengan sebijaknya dan pasti anda akan berjaya berjimat cermat :) Jika anda ingin berjalan ke belakang,silakan, anda punya hak kemanusiaan di negara ini, lakukan apa sahaja selagi tidak bercanggah dengan undang-undang yang termaktub, ingin berdemonstrasi atau ingin mabuk pun tidak mengapa (perilaku yang salah tetapi benar berlaku)

Dan ini semua akan berakhir tidak kurang dari 8 minggu lagi bila mana aku akan berangkat pulang ke tanah air insyaAllah.

Zon tidak selesa

Semuanya tidak masuk akal di sana, walaupun kami negara Islam. Jika ingin naik bus, tidak perlu beratur, tolak sahaja orang di sekeliling, pijak sahaja kaki-kaki penumpang lain. Jika ingin menaiki bus, tungguh sahaja di stesen bus (jika ada) tiada jadual mahupun ketetapan masa untuk bus tiba (ya, di tengah panas terik matahari khatulistiwa itu! ). Jika ke kedai pastikan duit anda berkepul-kepul kerana anda tidak mampu untuk berjimat melihat kepada kenaikan inflasi tahap mega berganda-ganda (ya, masyarakat masih diam dan amat bersyukur, pelik, bersyukur tidak pada tempatnya). Dan yang paling istimewa, aku tidak mampu berbuat apa yang bukan kebiasaan masyarakat kerana aku mungkin ditangkap masuk ke ISA! -ooopss mungkinkah semua ini akan dijadikan bahan bukti?

Itu cerita hidup aku

Ya, itu cerita hidupku kini dan beberapa bulan lagi, menakutkan sungguh hijrah kali ini berlainan dari dulunya. Ia dari zon selesa ke tidak selesa dan pastinya mulut ini akan banyak berbicara namun persoalan yang ingin aku bangkitkan, adakah kaki,tangan,akal dan semua anggota ini akan bertindak untuk mengubah suasana???

Itulah bezanya antara manusia yang menyenangkan hati dan menyakitkan hati. Seorang itu hanya tahu membebel dan merungut keadaan diri manakala seorang lagi tidak banyak mulut tetapi banyak tindakannya.

Ini mengingatkan aku kepada hadis daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Rasulullah saw inginkan umat baginda untuk menjadi mereka yang proaktif, mengubah dan mencegah kemungkaran dengan tangan, lisan dan hati dan itulah selemah-lemah iman. Cukuplah hadis ini dijadikan hujah buat diri kita semua sebagai peringatan diri bahawa hidup ini bukan hanya untuk menjadi penonton tetapi menjadi pemain!!!

InsyaAllah akan aku ingat pesanan murabbi kepada kami, muratabitun untuk berKERJA dan berKORBAN bukan semata-mata tahu untuk merungut ataupun memberi komen kosong tetapi akhirnya hanya duduk di zon selesa. ya Allah, moga tarbiyyah Engkau di sini kepada ku memberikan aku kekuatan untuk beKERJA dan berKORBAN di zon tidak selesa ku kelak. Moga aku ingat nikmat besar kurniaan Mu ini selalu dan menjadi penguat diri kerana aku telah melihat dunia yang lebih baik dari yang ku kenali dulu.

Ayuh mengubah nasib bangsa, kini tiba masanya aku membuktikan omongan-omongan dan komen-komenku bukan hanya retorik semata tetapi sebuah impian dan mimpi itu perlu dijadikan realiti, demi masa depan ummat yang lebih gemilang,cemerlang dan terbilang :)

InsyaAllah.

dalam mencari erti kehambaan, hakikat kehidupan
moga kan ku bertemu dengan NYA dan kekasihNYA.

p/s: Moga Allah barikan yang terbaik untuk PR di Sarawak, menang atau kalah tidak mengapa selagi kami menang di hadapanMu dan masyarakat di sana mampu menginjak paradigma mereka, terdetik di hati mereka untuk bangkit menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Moga2 menang PKR.Allahu Akbar!

10 Jamadil Awal 1432

Wallahua'alam


Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone