Sakit gigi- sakit semuanya II
Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt. Alhamdulillah kepada Pemilik seluruh alam semesta aku masih dapat menghirup udara ini dan masih kukuh berdiri walaupun genap lagi 8 minggu untuk peperiksaan akhirku. Allahu Akbar!
Sakit gigi.... lagi
Alhamdulillah, diuji lagi dengan sakit gigi memang setiap kali aku sakit gigi seluruh tubuh ku merasa sakitnya. Tiada selera makan, kurang bercakap dan sakit nya, hanya Allah yang tahu! walaupun ianya hanyalah organ yang amat kecil. Benarlah kata kekasihku, Nabi Muhammad saw,
'Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang, belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan.'
Itulah yang aku rasakan kini, begitu terganggu dengan keadaan umat Islam kini apa yang benar disanggah dan apa yang batil dipercayai semudahnya tanpa menyiasat dan berlaku adil kepadanya. Apalah gunanya akal yang dikurniakan Allah swt sekiranya ia hanya kekal 'dormain' dan tidak mampu berfikir dan zikir!!! Dan aku kira satu sahaja jawapan kepada semua ini bila mana semua dari kita kembali berfikir, menjadi golongan ulul albab yang Allah janjikan untuk diberikan hidayah kepada golongan ini dan baharulah kita sedar betapa jauhnya kita dari deen-ul-haq ini.
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
'Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.' (2:269)
Dan ketika itulah umat ini akan bersatu dan Islam akan gemilang kembali, ya Allah sungguh aku sentiasa mengimpikan saat itu. Ketika berbicara dengan Zahara,kami mula berbicara mengenai hari kiamat! Gerun dan takut namun sedar bahawa dunia ini sudah amat dekat dengan kiamat.
'Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.Hadis Riwayat Muslim
Sudahkah kita bersedia wahai sahabat? Dan ketahuilah, ujian yang terbesar bukannya ujian peperangan atau nyawa tetapi ujian terhadap pegangan AKIDAH TAUHID kita. Dajjal datang menjanjikan syurga bukan neraka. Ujian paling asas kepada seorang Muslim maka mari bersama-sama persiapkan diri kita dengan ilmu yang benar dan kefahaman moga-moga kita dipelihara dari godaan-godaan yang telah dijanjikan. Teramat rugi sekiranya kita masih gagal dalam peperiksaan ini kerana skema jawapan telah Allah berikan kepada kita! Betapa kasihnya DIA kepada hamba-hambaNya. MasyaAllah.
Kifarah diri
Moga sakitku ini membawa aku kembali kepada Mu, moga sakit yang aku rasa ini mengingatkan aku bahawa kematian itu mungkin akan datang sebentar lagi. Ya Allah, kuatkan.
Dalam pencarian hakikat kehidupan, erti kehambaan
p/s:hari ni tak pergi ke hospital :( sedangkan ada teaching tapi takpe ada hikmahnya insyaAllah. dalam sakit ada hikmahnya, akal sentiasa berfikir dan bukannya menyesali atau mempersoalkan keadaan diri,naudzubillah .... Alhamdulillah
Comments
Post a Comment