Jaulah Ala-tul PART III

Alhamdulillah, segala puji-pujian dikembalikan kepada Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau ini hidup tidak pernah sunyi dari ujian dan dugaan, namun Dia masih lagi memberi kekuatan untuk teguh berdiri dan terus dalam nikman Islam dan iman,insyaAllah.

Lama sungguh tidak melihat dan merenung jaulah ke Mesir, berlatar belakangkan lagu KCB, aku tergerak untuk menulis mungkin muhasabah terakhir sebelum aku menutup coretanku mengenai jaulah ala-tul ini. Namun sudah pastinya ia tidak bermakna aku bisa melupakan semua pengalaman di sana dengan nukilah terakhir ini.

Rindu

MasyaAllah hati ini sering terkenangkan waktu di Mesir terutamanya ketika di puncak gunung Sinai, di mana tempat munajat Nabi Musa. Dan aku kini mula menanam cita-cita,doa, duit dan perlengkapan yang lain untuk berjaulah ke Syria dan Jordan insyaAllah, bi'iznillah. Izinkan aku menjejakkan kaki ke bumi anbiya' itu dan aku tamatkan dengan ziarah ku ke rumah Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Semuanya bermula dengan mimpi,maka aku akan mula bermimpi dari sekarang :)

Melihat adik-adik semua bertebaran di muka bumiNya sempena cuti musim bunga aku menjadi cemburu! Cemburu dengan kebaikan dan hikmah musafir yang akan mereka perolehi dan aku pula hanya akan terperap dalam bilik untuk mempersiapkan diri untuk berdepan dengan medan jihad mata penaku. Maka mari kita ingat kembali kenangan-kenangan indah itu :) dan juga untuk mengingatkan diri ibu dan anak-anak ibu bahawa masa cuti bukanlah masa rehat, dalam buku ibu 'someone' tulis bercuti bukan bermakna 'bercuti', siapa tu?

Apa khabar semua?

Apa khabar anak-anak ibu? akhawat di zagazig, balkan dan iskandariah? Moga sihat badan dan iman antum. Macam-macam kita bincangkan semasa sesi muhasabah kita,siapa yang dah berjaya sekurang-kurangnya satu benda yang diniatkan???? angkat tangan. (xperlu jerit kuat2 ;) ) mabruk!

Aurat

Aurat, akak tak akan memberikan ceramah mengenai aurat namun ianya tertulis dalam buku jaulah akak, jadi akak akan berkongsi apa yang akak ingat sebab macam dah lama sangat lupa dah 'the exact points' so siapa-siapa ingat tolong kongsikan yek! hehe.

Begitu sukar untuk menjadi wanita, itu dengus hati ini terkadang aku merasakan bagai suatu ketidakadilan lebih-lebih lagi bila berada di bumi kuffar ini! Sudah 2 kali untuk tahun ini aku ditegur mengenai cara pemakaianku dan bagaimana ianya boleh menganggu sama ada pesakit dan juga diriku, bagaimana mungkin? Aku juga dikehendaki untuk menyinsing hingga ke lenganku ketika berada di wad. Hanya Allah yang tahu betapa bencinya aku pada peraturan ini! Hati ini bagaikan ingin meletup namun aku hanya mampu tersenyum, mereka tidak mengerti bagaimana bisa aku bisa menzalimi mereka. Maka aku bersabar, menghitung-hitung hari untuk kembali ke Malaysia yang pastinya lebih adil dalam berhujjah insyaAllah (harapanku).

Itu bisik hati akak dan ujian Nya kepada akak, bagaimana anak-anak ibu?sahabat di Cairo? dalam berdepan ujian aurat?

Sungguh jika engkau mengerti betapa istimewa dan berharganya dirimu,pasti engkau mudah menjaga aurat dan akhlaqmu. Akak baru sahaja selesai menonton dokumentari mengenai kaum Pompeii, semua tahu kan cerita mengenai kaum ini? Suatu kaum di bawah pemerintahan Rom dan sekiranya kita,wanita hidup di zaman itu amatlah malanglah nasib kita semua. Wanita secara terbuka digunakan sebagai alat pemuas nafsu manusia!!! Dan akhirnya umat itu dihapuskan oleh Allah swt dan hingga kini 'hidup' 'to tell the tales' dan azab itu datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka sepertimana janji Allah swt dalam al-Quran.

Itu baru kisah satu kaum, belum lagi kita selami kisah yang lain termasuklah kedudukan wanita di zaman arab jahiliyyah, era kegelapan di eropah dan sebagainya. Semuanya menidakkan hak wanita dan meletakkan wanita itu sebagai alat pemuas nafsu sebagaimana kedudukan wanita kini!!! (siapa tak setuju tolong argue sebab nak sangat ubah pendapat diri ni tapi mcm tak jumpa hujah yg boleh counter act melihat kepada situasi sekarang)

Makanya point akak adalah marilah sama-sama kita tambahkan ilmu mengapa, bagaimana dan apakah tujuan aurat itu dituntut oleh syara'. Ianya tidak sedikit pun untuk menindaskan wanita namun ianya untuk menaikkan lagi martabat wanita,akak xnak kongsikan analogi jam ke bunga ros ke sebab rasanya semua dah maklum dan I think all of us should be arguing based on real knowledge dan sejarah adalah satu medium terbaik untuk kita mengenal manusia dan belajar untuk mengambil apa yang terbaik. Bukan untuk mencari logik kepada mengapa perlu menutup aurat seperti rambut akan cantik kerana tidak kena cahaya matahari ke etc.hehe. tapi cukup sekadar untuk menambah lagi keyakinan diri kita kepada tuntutanNya sepertimana yang difirmankanNya dalam surah an-nurr:31.

Cukupkah dengan memakai tudung?

:) untuk medium pembaca di sini, akak akan jawab tidak! boleh ke camtu? Sejak pulang dari mesir, melihat sahabat-sahabat begitu 'rigid' menjaga aurat hinggakan dalam rumah pun telah menjadi kebiasaan! MasyaAllah,amat kagum dengan antum. Banyak yang akak pelajari setelah melawat antum, malu dengan diri sendiri yang terkadang terdetik diri sudah cukup baik dalam menutup aurat,astaghfirullah. Alhamdulillah Allah tunjukkan bahawa banyak lagi kelemahan diri dan pembaikan diri yang perlu dilakukan. Mohon tunjuk ajar dari Mus, faizah,hajar dan semua ye!!! Kongsikan ilmu-ilmu dengan kami ye! Lebih-lebih lagi lepas dengar ujian dan cabaran Hajar untuk memakai niqab di Malaysia dan keingingan untuk belajar di Mesir kerana kemudahan memakai niqab,masyaAllah ukhti, moga Allah berikan istiqamah pada Hajar.ameen.

Maka,apa lagi perlu dibuat?

1. Sudahkah dilabuhkan tudung kita?
2. Sudah longgarkah baju dan seluar kita? baik lagi pakai kain.hehe.
3. Sudah lengkapkah stokin kaki dan tangan kita?
4. Pastikan tiada elemen tabarruj dalam pemakaian kita
5. Tiada yang jarang dan 'pelik'
6. Sentiasa muhasabah niat kita kembali, aurat kita bukan hanya apa yang terzahir namun apa yang lainnya juga- suara, lenggang lenggok kita dsbnya

Sama-sama kita muhasabah setiap hari sebelum kita melangkah ke luar jom! Jangan dilupa doa memakai pakaian,sungguh cantik maknanya sayang jika tidak diamalkan.

InsyaAllah moga kita lebih baik dari yang sebelumnya dan istiqamah dalam kebaikan.Ameen ya Rabb.

Rumusan pengajaran

1. Jangan mudah putus asa - ingat cabaran nak daki Sinai, ingat kisah Nabi Musa
2. Sentiasa bersyukur
3. Mujahadah dalam menuntut ilmu-ingat cabaran sahabat2 di Mesir lagi besar, iltizam mereka maka kita kena contohi :)
4. Kepentingan meng imarah kan masjid- seronoknya keadaan di Mesir terasa besarnya Islam itu, ayuh kita wujudkan suasana di situ buat muslimat kita berjemaah di rumah ye di awal waktu iA
5. Layanan istimewa terhadap tetamu- sunnah Nabi saw, ingat kembali layanan yang teramat isitmewa yang diberikan kepada kita! ayuh! sama2 contohi
6. Sentiasa tingkatkan amalan diri -menjaga dan membersihkan hati terutamanya dari dosa-dosa kecil yang telah menjadi 'amalan' harian diri! ayuh kejar mardathillah!
7. Hidup sentiasa memerlukan pengorbanan/tadhiyyah makanya jika ingin berjaya perlu rasa home sick :) nak syurga perlu diuji ,if nak cinta kena memberi ;)
8. Apa yang penting? kerjasama memerlukan manusia lain maka Ukhuwwah itu jua sama penting. Rindunya ukhuwwah sahabat di Mesir!!! ALLAH Engkau peliharalah mereka dan satukan hati-hati kami jika tidak bertemu di dunia moga di syurga kelak.ameen ya Rabb.
9. Musyrif? :) kenapa ada yek- akak rasa sebab kita semua suka sistem musyrif dan banyak mengubah persepsi salah kita sebelum datang ke Mesir kan? Ia bukanlah satu sistem yang mengongkong tetapi keperluan untuk melindungi muslimat dan pada akak membentuk sifat pemimpin dalam diri muslimin. Jzkk Ustaz Muaz (yang kami anggap macam ayah kami disebabkan sifat pelindung seperti seorang ayah) dan Ustaz Amri. Moga Allah balas semuanya dengan lebih baik.

ada tambahan dipersilakan.

mohon doakan akak yang terkadang lemah semangat tapi kena bangkit juga exam dah dekat sangat ni. huhu.

Rindu anak-anak ibu dan sahabat di Mesir, moga Allah sentiasa merahmati dan redha pada antum. Sayang semua lillah ta'ala.

Salam sayang
k.ema




Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone