Ujian tawakal
Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt. Tiada yang layak dan berhak dipuji melainkan Allah swt.
Cuak
Diri sudah mula sukar untuk tidur di malam hari, makan juga sudah kurang selera dan hati telah mula berdebar-debar .... menantikan saat itu, apakah ianya? InsyaAllah dalam 6+minggu lagi sebelum peperiksaan terakhir kami semua dan inilah punca diri duduk tidak senang,mandi tidak basah dan makan pun kurang kenyang.hehe.
'(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal. ' (Al-Imran:122)
Tawakal, itulah jawapan kepada segala permasalahan dan itulah jawapan kepada kecuakan yang aku hadapi kini. Ya Allah,hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu termasuk setiap rasa dan ketakutan hambaMu ini dan padaMu jua aku bermohon pertolongan. Moga aku diberi kekuatan dan persediaan yang sebaiknya dariMu. Ameen ya Rabb.
Tidak mungkin dapat aku rungkaikan perasaan ini, setelah 5 tahun aku berkelana mencari ilmu di perantauan. Di tarbiyyah oleh Allah swt dengan ujian yang pelbagai, ada yang manis, pahit dan masam masin juga. Ada kala aku berasa amat lemah dan ada ketikanya aku berasa kuat dan mampu menawan dunia dan isinya. Alhamdulillah, sungguh aku tidak sangka aku berjaya hidup di bumi asing ini seorang diri (bersama DIA selalu pastinya) hingga ke tahun akhir, Allahu Akbar, terima kasih ya Allah.
Sedih, gembira, takut dan semangat entahlah, bercampur baur perasaan untuk pulang namun aku tahu matlamat ku mengapa aku ingin pulang dan aku amat bersyukur kepada Allah swt di atas kurniaan itu. Moga tarbiyyah 5 tahun dari Nya mampu mempersiapkan aku ke medan juang yang sebenarnya ini. Aku pasti merindui bumi UK ini, terutamanya perasaan menjadi ghuraba di bumi ini. Ya Allah, aku lebih kenal erti kehambaan dan hakikat iman dan Islam di sini ya Allah, aku bermohon moga hamba-hambaMu di bumi ini terbuka hati mereka kepada kebenaran agamaMu dan bersama-sama membangun tamadun Islam. Akhlaq mereka amat tinggi sayang cuma Iman itu belum meresap ke dalam hati mereka.
Ini ujian tawakal
Ini puncak kepada ujian hidup ku di sini -
'Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.' (At-taubah:51)
Ini bukan sahaja ujian duniawi ku namun terutamanya ujian ukhrawi ku! Ya Allah, sebanyak mana aku amat ingin untuk lulus ujian akhir ku ini lebih banyak lagi aku ingin untuk menggembirakanMu kerana hambaMu ini sering kali mengecewakanMu. Apa jua penghujung kisah hidupku ini,moga aku diberi yang terbaik untuk agama ku ya Allah, cukup aku berpaling sekali jangan Engkau palingkan aku lagi. Moga aku tetap kukuh di jalanMu.ameen ya Rabb.
Raja diri -sang hati
Gembira, sedih, kecewa semuanya hati yang tentukan,setuju tak? Dan siapakah pemilik hati ini wahai sahabat?
Tepat sekali!
Maka, walau apa jua yang engkau rasakan, kembalilah kepada PenciptaMu, pemilik segala raja di dunia ini yang bisa menukar yang pahit menjadi manis, yang gelap menjadi terang dan yang sukar menjadi mudah. Maka lepaskan semua pengharapan hatimu kepada manusia dan serahkannya kepada Yang Maha Berkuasa. Jangan biarkan hati mu rakus menilai manusia, sentiasa ingatkan diri bahawa engkau hanyalah hamba! Hambanya yang lemah dan mudah berputus asa dan berkeluh kesah. Kembalikan segalanya kepada Pemiliknya. Dan insyaAllah, engkau bisa tenang dan bersabar dengan semua ujian yang diberikan.
Ya Allah, demi nyawaku di dalam genggamanMu, yang mana hati ini sentiasa berbolak balik, tetapkan hati ini padaMu, walau apa jua gelora yang didepani.Ameen.
Moga cuaknya diri ini bisa mendapat ketenangan dengan banyak menyebut dan mengingatiMu.
'(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia' (Ar-rad:28)
Dengan penuh pengharapan, aku mulakan dengan bismillahi tawakaltu Allah....
p/s:ada sahabat menyebut kebanyakan entri banyak yang sedih-sedih.hehe.ini kerana kesedihan itu membuatkan diri lagi tergerak untuk menulis, bila diri merasa lemah ketika itulah aku banyak bermuhasabah dan mencuba merangkak mencari kekuatan diri untuk kembali bangkit berdiri. Maka, aku hasilkan karya-karya yang moga dengannya aku mampu menyentuh hati manusia bilamana aku berbicara berdasarkan pengalaman diri ku sendiri.
Wallahu'alam.
gud luck emma.Moga berjaya dalam peperiksaan. Kami di sini menanti kepulanganmu...
ReplyDeleteSalam k.wahidah!!!akak sht?moga dalam rahmat dan redha Allah swt selalu. Jazakillah hu khairan jaza' akak,ameen ya Rabb. ema pun xsabar nak turun padang ni,cemburu tgk sahabat2 semua, nnt minta tunjuk ajar akak! :) tak sabar juga nak jumpa anak2 akak yg comel tuuuu ;)
ReplyDelete