Makan madu dan bermadu
Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah milikNya yang Maha Esa lagi Maha Agung. Tiada sedikit pun dizalimi hamba-hambaNya malah ditaburi pelbagai nikmat dan ujian untuk menaikkan lagi kedudukan hambaNya di sisiNya.
Madu
Saya amat suka makan madu dan terbaru, habautussauda', antara makanan yang bagus untuk kesihatan diri dan disebut dalam al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Walaupun saya mengambil bidang perubatan dan boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai kebaikan madu tetapi itu bukan tujuan artikel ini ditulis :) .
Kini,saya sedang membaca buku karangan Muhammad Ali Qutb yang bertajuk 'Women around The Messenger' ataupun wanita di sekeliling Nabi Muhammad saw. Sangat seronok membaca peranan-peranan setiap wanita ini, dari ibu baginda sehinggalah permata hati baginda saw. Sebagai seorang wanita saya sarankan untuk kita baca mengenai peribadi-peribadi istimewa ini untuk menjadi model dan sumber inspirasi yang moga dengannya kita tahu bagaimana dan apa peranan kita sebagai wanita, isteri dan anak perempuan. Tiada sedikit pun dari mereka ini merasa tertindas atau merasa Islam mengongkong kehendak dan naluri seorang wanita, malah Islam menaikkan darjat dan peranan wanita dalam kehidupan mereka,subhanaAllah. Moga aku juga dapat menjadi seperti mereka, segalanya kerana Allah dan kekasihNya.ameen ya Rabb.
Bukan itu juga maksud diri untuk memberi sinopsis buku kerana belum lagi selesai membacanya tetapi ingin berbicara mengenai persepsi dan ilmu yang dipelajari setelah membaca separuh buku ini mengenai kehidupan bermadu! Ini bukan sembarangan madu wahai sahabat, tetapi bermadukan sembilan madu-madu!
Poligami
'Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ' (An-Nisa':3)
Allah swt telah berfirman dengan jelas dalam ayat di atas, lelaki dibenarkan untuk berkahwin satu,dua,tiga atau empat jika mampu berlaku adil dan aku redha dan bersedia jika dimadukan insyaAllah, yang penting suami tidak membuat dosa dan aku pula bersubahat disebabkan mengikut emosi diri supaya suami menjadi hak milik sorang diri. Sedangkan hakikatnya, semuanya hanyalah pinjaman dari Allah swt semata termasuklah suami kita nanti. Saya siap merancang sebelum berkahwin pastikan bakal suami jelas dengan prinsip diri, nak kahwin boleh asalkan mengikut jalan yang baik,insyaAllah saya akan redha.
tetapiiiiii.....
setelah membaca buku ini saya gusar dengan prinsip diri dan hati sebelum ini!
Sedangkan mereka, ibu kepada orang-orang yang beriman, yang dijanjikan syurga oleh Allah swt dan amat dekat kepada baginda,Nabi Muhammad saw dan merupakan sebaik-baik wanita juga merasa cemburu! bagaimana pula aku? Hanya hambaNya yang tiada nilai di hadapanNya, mampukah aku sekuat insan-insan yang mampu mengawal cemburu di hati dan makan berulamkan jantung pisang? huhu
berkira-kira di hati setiap kali membaca bibit-bibit peristiwa yang diceritakan dalam buku ini. Kita sedia maklum bagaimana cemburunya S.Aishah terhadap Khadijah tetapi sahabat sedarkah cerita-cerita lain mengenai ibu-ibu kita ini? Mereka jua insan biasa yang bernama wanita. Sudah kebiasaan cemburu itu peneman setia wanita, mereka juga begitu jua. Merasa cemburu sesama sendiri dan ada juga tersalah bicara dan tindakan. (Jika ingin tahu lebih lanjut kena baca sendiri,nak pinjam? maklumkan ye,np :) iA )
Dan Nabi Muhammad saw amat adil antara isteri-isteri baginda namun tidak dapat tidak baginda tidak mampu mengawal perasaan baginda, seperti mana kata-kata baginda, berlaku adil boleh dilaksanakan namun rasa di hati hanya Allah yang mampu mengawal (jangan quote ye,tak ingat matannya) dan semua sedia maklum bahawa Rasulullah amat sayangkan S.Aishah berbanding isteri-isterinya yang lain.
Hanya Allah swt pemilik mutlak hati hamba-hambaNya, apa yang dirasa oleh hati mungkin berlainan dengan apa yang difikir oleh akal. Maka kepada Allah swt jugalah kita patut menyerahkan semua urusan kita terutamanya yang melibatkan hati! Seperti peribahasa kita, ikut hati mati, ikut badan binasa (betul ke?)
Logik akal bersetuju dengan poligami dan hati ini percaya kepada hukum Allah swt bahawa DIA tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, maka aku serahkan hati ini kepada Pemiliknya. Moga diberikan kekuatan sekiranya ujian poligami itu mengetuk pintu hidup diri ini. Moga keyakinan aku padaMu tidak akan tergugat dengan fitrah diriku yakni sifat cemburu kepada manusia lain yang mampu menjadi titik-titik hitam dalam hati. Naudzubillah.
p/s: Seronok apa ada keluarga yang besar, lepas tu boleh relax sehari dua.hehe. 'Relax' dalam erti kata fokus pada kerja lain dikala suami di rumah madu kita, boleh pergi tidur rumah mak,ayah banyakkan kerja dakwah-lepak dengan mad'u. Pergi jaulah lagiiii :) Itu kata hati bila belum merasa tetapi sekarang dah mula ragu-ragu,
itulah hati wahai diri, mudah sungguh untuk dibolak balikkan, cantik sungguh bahasa al-qurankan; hati=qalb yakni dalam pengertian bahasa, qalb bermakna membalik, kembali, maju-mundur, naik-turun, berubah-ubah.
Oooo hatiku janganlah engkau keliru, pilihlah yang baik untuk agamamu, o Allah tunjukkan aku jalan lurusMu.ameen
salam ziarah kak ema =)
ReplyDeletetersenyum sy baca post akak tentang poligami.
Saya terfikir , sebenarnya kita dah kena mula bersedia utk ikhlas berpoligami kat dunia (atas izin Allah ) kerana kita juga bakal bermadu dengan bidadari2x di syurga =) tapi insyaAllah kita akan menjadi ketua bidadari sekiranya kita menjadi isteri yg solehah di dunia (^_^)
tiba-tiba terfikir, sekiranya suami tanya , sanggup tak bermadu ? sy teringin sangat nak jawab, boleh insyaAllah TAPI di syurga =)
hehe aci tak ?
sebelum ni sy pun mula terfikir dan bersangka baik tentang poligami ,sebab jodoh Allah yang aturkan dan siapalah kita sebagai hambanya utk menolak takdir. Tapi alangkah indahnya sekiranya kita mendapat suami yg soleh dan bakal madu yg solehah, kerana sudah pasti perkahwinan yg di bina kerana lillahi ta'ala =)
teringat kata2x kawan seusrah, seronok juga kalau ada madu, bila kita gi usrah, dia boleh tolong tengokkan dan jagakan anak2x kita =)
cuma terfikir, masih adakah suami yg mahu mengamalkan sunnah nabi sepenuhnya dalam rumah tangga? kalau ada alhamdulillah =)
walaupun susah nak berlaku adil, tapi insyaAllah tidak akan menzalimi isteri2x nya kerana tak mungkin dalam satu hati di isi oleh 2 cinta =)
wallahua'lam
Assalamualaikum wbt,
ReplyDelete:) akak pun tersenyum masa menulis entri ni,hehe. insyaAllah segala kekuatan dari Allah swt kan, dan kita maklum semua di dunia hanyalah pinjaman moga dengan itu Allah berikan kita kekuatan jika satu hari nanti kita diuji ujian makan madu nih :)
best2 dpt madu yg sefikrah tp best juga dapat adik2 yg perlukan bantuan/pimpinan jd madu kita, dpt jadi mad'u kita juga.hehe.
apa2 pun sama-sama kita doa moga Allah sentiasa berikan kekuatan walau apa pun :)