Mencuba menjadi
Ya Allah bantulah aku dalam iltizamku ini,
Dispatches - Children of Gaza - Documentary Part... by Fatimzahra310
Kali ini aku ingin pergi ke medan tempur dengan persediaan yang rapi,
Kerana dulu aku lebih banyak berkeluh kesah namun amat sedikit usahaku,
InsyaAllah kali ini aku akan lebih berusaha,
Aku ingin membantu mereka,
Kerana membantu insan mendapat hidayahMu lebih baik dari cahaya matahari,
Apatah lagi mereka insan yang amat ku sayangi,
Aku tidak ingin menunggu bulan jatuh ke ribaku,
Aku ingin selembut baginda Rasulullah saw,
Berbekalkan kesabaran yang tinggi seperti Nabi Nuh,
Kerana hidup ini tiada yang pasti,
Esok hari mungkin aku tiada lagi di sini,
untuk menyahut panggilan Ilahi,
Maka aku ingin berusaha lebih kuat lagi,
Aku ingin memulakan kembali langkah ku yang goyah sebelum ini,
Dan semuanya bermula dariMu dan berakhir jua denganMu,
Aku mohon dengan penuh pengharapan ya Allah,
Temani diriku dalam setiap langkah ku ini,
Moga aku tidak lagi tersungkur dalam pendakian kali ini,
Kerana aku hanya mendambakan redhaMu ya Ilahi.
mari sama-sama tonton kisah kanak-kanak Palestin yang mengerti hakikat kehidupan mereka lebih dari diri kita yang lebih tua dan banyak makan garam!!! Sungguh kekuatan mereka memalukan diri ini, ujian mereka ujian nyawa! Bukan ujian main-main, umur mereka hanya 7 tahun bukan 70 tahun! Namun mereka tetap kuat,tabah berdepan hari-hari kehidupan. Bagaimana kita? Baru kehilangan handphone sudah seperti mati katak! Astaghfirullah, marilah kita bangun dari tidur yang lena ini!!!!!!!!! Wahai Umat Nabi Muhammad saw, apa yang telah engkau perbuat???
Dispatches - Children of Gaza - Documentary Part... by Fatimzahra310
Comments
Post a Comment