Mencari kekuatan II

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah bagiNya,tiada berkehendak kepada hamba-hambaNya namun hambaMu ini jualah yang sering mengaduh dan memerlukanMu.

Gembira sungguh hatiku,mendapat tahu Siti Muslihah, Mus telah ke Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Ya Allah, berkat kesabaran dan usaha keras Mus yang telah aku kenali selama 4 tahun.Insan yang paling tabah dan sentiasa mendaki puncak kehidupan demi redhaNya. Mabruk mus! gembira sungguh untuk Mus! boleh saya datang melawat! Saya memerlukan kepada anjakan paradigma yang baharu Mus :) insyaAllah

Hari demi hari aku terasa sepi, sepi dari Nya. Semakin terasa diri lemah. Sungguh ini ujian yang tidak dapat tidak pasti dialami setiap hamba-hambaNya. Merasa lemah semangat dalam menjalankan tanggungjawab seorang HAMBA.

'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman' (Al-Imran:139)

LEMAH dan ber DUKACITA merupakan perasaan yang telah Allah ungkapkan dalam ayat di atas. Dua emosi ini merupakan suatu perasaan yang negatif, yang mampu meruntunkan semangat hidup diri. Namun, indahnya dan Maha Memahami nya Allah itu, DIA berikan jawapan bagaimana untuk menghadapi dua emosi ini, yakni dengan jalan ber SUNGGUH-SUNGGUH dalam ber IMAN!

IMAN mampu mengubah seorang yang baran kepada penyabar sepertimana, Saidina Umar Al-Khattab kerana berbekalkan iman NAFSU mampu ditundukkan. Sepertimana lagu raihan, iman tak dapat di JUAL atau di BELI, ia diperoleh dengan ILMU dan AMAL. Tanpa keduanya, tidak lengkaplah ia bagai adam dan hawa diciptakan kerana saling memerlukan.

Tanpa ilmu, amal mungkin tidak sempurna. Seseorang yang ingin bersolat namun tidak tahu bahawa aurat yang perlu ditutup atau kiblat perlu ditentukan akan merosakkan kualiti amalnya, diterima atau tidak, bukan di mata kita. Begitu juga, tanpa amal, ilmu yang ada, tiada gunanya. Seorang ulama yang hanya tahu cakap tetapi tidak serupa bikin tidak akan dihormati manusia apatah lagi murka Allah yang dipinta. naudzubillah.

'Orang-orang " A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.' (Al-Hujurat:14)

Dan dalam memupuk amal, akan ada ujian yang akan datang bertimpa dariNya sepertimana yang telah dijanjikan dalam Al-Quran untuk mengangkat taraf hamba-hambaNya dan membuktikan IMAN di jiwa. Oleh itu, perlulah kita kepada berSUNGGUH-sungguh dalam beramal itu,sama ada ibadah khusus mahupun umum perlulah bersungguh dan berterusan yakni ISTIQAMAH,walaupun sedikit. Jangan pernah untuk berPUTUS asa dari RAHMAT Allah swt, YAKINlah pada janji-janjiNya. Tenangkanlah jiwa dengan ayat-ayat cinta dari Yang Maha Esa.

Ayuh! Kita menjadi hambaNya yang kuat, bagaimana? nah,telah ada jawapannya! dengan jalan sungguh-sungguh dalam beriman!






Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone