Penghulu Segala Hari

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Nya,pemilik alam semesta yang tiada cacat dan celanya.

Hari ini macam-macam berlaku, gembira kerana berpeluang menyaksikan syahadah seorang saudara baru di masjid usai solat Jumaat, Mathew baru berumur 15tahun namun telah Allah bukakan hatinya kepada Islam.Allahu Akbar! (tis my 2nd experience,meremang bulu setiap kali!!!) Then khutbah yang amatlah best dari brother Suhail if i am not mistaken.Every time i've been to his khutbah, it never failed to make me cry. Menarik la pak cik ni,selamba je die cakap,dekat sini takde text2 ni mcm dkt mesia,yang berjela-jela tapi tak terkesan pun pada hati! geram!!! org tido je jadinya....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menziarahi sahabat terdekat yang amat dirindui, Norain Jailani dan Shafiqah Aina Nasir. Walau hanya semalam bersama namun banyak yang dikongsikan dan semangat kalian dekat di jiwa,insyaAllah. Moga Allah permudahkan segala urusan ain dan shafiqah, thabat dan istiqamah sentiasa. Sayang korang kerana Allah!!!

Dari liverpool ke newcastle kembali, ingin saya kongsi kisah benar yang berlaku pada diri. Moga bermanfaat dan menambah keyakinan kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa. Khamis lepas, saya tiba di Newcastle pukul 3.30ptg, walau penat namun digagahkan jua kaki ini melangkah pulang (walau akhirnya naik bus halfway.hehe) dan sampai di rumah tepat pukul 4.00 selepas membeli barang dapur untuk dimasak buat ahli usrah lewat 7petang nanti. 6.30 petang pula Irdina akan tiba untuk kelas mengaji nya (saya mengajar Irdina mengaji, anak k.farah dan abg.rizal setiap ptg selasa tapi terpaksa ditunda sebab ke leeds.hehe) .Jadinya hanya ada 2jam untuk memasak buat 9orang tetamu kesayangan saya, dan ditambah perlu untuk mencari bahan untuk usrah nanti (naqibah kami ada hal lain yang perlu diutamakan,saya diberi amanah untuk menggantikan tempat k.madihah,susah2 :) ) .

Buat yang mengenali saya semestinya tahu keupayaan memasak yang saya miliki.hehe.Paling2 koman pun masak 2jam, tu pun selalu lupa masak nasi dan masak untuk 4 orang je.nak dijadikan cerita, memang sedikit sukar untuk saya berjaya melaksanakan semua tugasan tersebut dalam masa 2jam sahaja!!! Namun Allah ingin menguji ilmu yang baru sahaja saya dapat(walau dah lama tahu teorinya),

Hanya Allah yang tahu, di saat itu betapa banyaknya saya ber DOA dan ber ZIKIR memohon pertolongan Allah sw agar memudahkan semua urusan yang ditaklifkan. Kalau ikut logik memang saya tak yakin boleh selesaikan semua tugasan tu,tapi masyaAllah, berkat bantuan Nya dan sememangnya DIA ingin membenarkan apa yang dikongsikan oleh UStazah, HANYA ALLAH yang mampu MENOLONG hambaNya dalam SETIAP URUSAN. Saya berjaya melakukan semua nya dalam masa 2 jam!!!! Gembira tak terkata, ni yang nak share dalam blog. :)

Tapi yang penting nak share ayat ni

'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ' (Al-Ankabut:69)

Dan Irdina dah pandai baca sampai kho' :) alhamdulillah.semuanya dari Nya.

Hidup takkan berhenti dari di uji,
Maka jadilah seperti seorang pejuang yang sentiasa bersedia dengan perlengkapannya,
Tidak pernah lalai menjaga segenap penjuru,
Tidak juga leka dari godaan nafsu diri,
Kerana tahu kelalaian itu hanya akan memakan diri sendiri.

Pergantungan mutlak seorang hamba hanyalah kepada Tuannya,
Walau badai melanda,
Mahupun derita dan kecewa hasil di akhirnya,
Kita hamba hanya layak menerima bukan meminta.

Wallahu'alam

Erti kehidupan hakikat kehambaan





Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone