Tanggungjawab
'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.' (An-Nisa:58)
Tanggungjawab dan amanah, bukan sekadar suatu perkataan di mata yang memahami erti sebenar kata ini, ia adalah suatu 'tugasan' yang diberikan KHAS kepada hambaNya, taklifan kepada yang terpilih sahaja kerana ia bakal dipersoalkan kelak di akhirat sana. Dan mungkin jua natijahnya bakal terlihat di dunia.
Tiada suatu pun amanah yang diberikan oleh Allah swt tanpa pengadilan dariNya di akhir nanti dan oleh itu terasa berat bahu ini memikirkan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Mungkin di fikiran kita, hanya sekadar amanah seorang pengerusi di dalam sebuah organisasi dsbnya. Namun acap kali kita lupa amanah kita sebagai hambaNya, sebagai seorang anak, kakak,sahabat dan apa jua taklifan yang diberikan.
Sepertimana ayat yang dikongsikan di atas, yang merupakan ayat peringatan bagi kita semua, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Apa jua yang telah kita perbuat dengan semua amanah yang telah lama terpikul di bahu ini sejak pertama kali menjejakkan diri ke alam realiti ini.?kerana jangan pernah lupa bahawa kita semua akan dipersoalkan di medan mahkamah yang Maha Adil, bila mana mulut tidak mampu lagi bermain kata-kata, hati tidak boleh dibolak-balikkan dan anggota yang akan berbicara.

Sudahkah engkau menjaga amanah mu se ADIL nya???
'Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. ' (Al-Ahzab:72)
Comments
Post a Comment