Swine flu?
Apa pun infection yang sedang aku alami, ianya mengajar aku seribu satu erti kehidupan, hakikat kehambaaan, alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah di atas segalanya. Aku mohon diberi kekuatan mendepani hari-hari yang mendatang.Ameen. Tidak tergambar derita Nabi Ayyub as pabila diuji ujian kesakitan dalam jangka masa yang lama sehingga semua sahabat dan ahli keluarganya meninggalkan dirinya kecuali isterinya. Namun akhirnya isterinya juga turut berasa lelah. Kisah lanjut boleh dilihat dalam surah Al-Anbiya'. Aku hanya jatuh sakit sejak khamis, namun terasa bagai seluruh tenaga direntap dari diriku,tidak mampu berbuat apa dari jumaat hingga sabtu. Bermula dengan rasa mual dan demam sehingga mengginggil,tidak mampu untuk tidur malam khamis itu.Pagi itu aku muntah dengan teruknya. Tiada langsung selera makan. Tapi sungguh Allah tidak akan menzalimi hambaNya, DIA berikan aku kekuatan untuk berdepan dengan assessment dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Aku sendiri keliru bagai...