Pelangi
Hujan turun lagi,
Mata manusia hanya mampu melihat kesusahan,
Kepayahan,
Mata hati menilai dan melihat bahawa hujan itu rahmat,
Menghidupkan seluruh alam dan isinya,
Dan kadangkala,
Setiap kali hujan,
Akan terbit pelangi dan sirna yang lebih indah.
Dan itulah hakikat kehidupan,
Ada yang melihat dengan mata hati,
Maka tenanglah hati-hati itu,
Tetapi ada jua yang buta,
Walaupun dunia tidak tampak kelam dan gelap,
Namun hati suram dan malap,
Dan ujian akan dianggap kecelakaan,
Nikmat dianggap penentu kebahagiaan,
Sedangkan hakikat bahagia itu,
Hanyalah bila DIA redha pada si hambaNya.
Sebagaimana digilirkan malam dan siang,
Hidup dan mati,
Begitu jualah kepayahan yang dirasai,
Akan datang kemudahan selepas kesusahan.
Dan aku berharap,
Moga aku melihat hujan ini dengan mata hati,
Moga DIA merahmati dan menitipkan kekuatan seiring badai yang melanda,
Dan moga wujud pelangi di akhir jalan ini....
bi'iznillah
Comments
Post a Comment