Jaulah ke Leicester II

Alhamdulillah ,segala puji-pujian hanya kepada Allah swt, aku hanya mampu merancang namun DIA lah penentu segalanya. Apa yang dirancang diberi lebih baik.Alhamdulillah

Diana Iman

Alhamdulillah niat untuk bertemu D tertunai juga, dapat minum teh massala lagi ,memang sodappp D. I wish you all the best for everything, hup to see more of you, maafkan diri ini bukan seorang saudara yang baik, tidak selalu menghubungi sahabat-sahabat lama. Pertemuan dengan D membuatkan saya berfikir, setiap hamba-hambaNya yang dipertemukan bukan sia-sia, ada amanah dan hak yang perlu ditunaikan. Haq yang wajib ditegakkan walau apa jua keadaan sebagai saudara seagama iaitu sama-sama untuk mengingatkan satu sama lain akan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya,agar sama-sama membaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya. Namun, atas kelemahan diri, itulah amanah yang amat sukar untuk saya tunaikan. Jika dikira-kira, banyak hutang yang ada terhadap saudara seagama ku yang telah Allah temukan dari dulu hingga kini.

'Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). ' (Az-Zukhruf:67)

Ya Allah,Engkau berkatilah masa ku moga aku mampu melaksanakan amanah yang telah Engkau letakkan di bahu ini sebaiknya.Ameen.

Rushdina :)

Adikku yang sorang ini mmg seorang namun semangatnya bagaikan ramai bilangannya.Banyak yang akak pelajari dan dapat dari dina. Terima kasih banyak2 sudi menerima akak sebagai tetamu.

Buat Rushdina dan untuk peringatan diri,khasnya;

Tiada hina seorang hamba di hadapan Tuannya,
Selagi mana ikhlas dan redhaNya tersemat di jiwa,
Kita,manusia sentiasa melihat hasil yang hanya kekal sesaat cuma,
Namun DIA menyayangi hambaNya kerna usaha.

Adat manusia,tidak pernah berpuas dengan apa di depan mata,
Bukan untuk menjadikan kita tamak haloba,
Bahkan untuk kita sentiasa membaiki diri demi meraih syurga,
Maka anjak kan potensi diri mu untuk manfaat agama.

Tiada satu pun yang berlaku untuk kebaikan Allah,semuanya semata-mata untuk kebaikan hamba-hambaNya kerana DIA tidak memerlukan kita sedikit pun. Yakinlah semua yang terjadi adalah didikan Allah swt khas kepada hamba-hambaNya untuk memberi peluang kepada makhluk ciptaanNya masuk ke syurga yang kekal selama-lamanya. Pilihan di tangan kita, baikkah atau buruk, syurga atau neraka, thabat atau putus asa, syukur atau kufur.

K.ina dan Ust.Zaharuddin

  • Musuh terbaik adalah baik
  • Bersangka baiklah dengan Allah swt sentiasa, pasti ada pelangi di penghujung jalan. Tiada yang sia-sia dariNya.
  • Mendidik anak-anak perlu bijaksana dan berhikmah sepertimana lagak seorang dai'e dan mad'u nya(pendakwah dan org yg ingin untuk didakwah). Tips yang diberikan k.ina adalah,sejak dari awal lagi mereka sekeluarga membuat tazkirah ringkas selepas solat jemaah dan anaknya yang sulung juga diberikan peluang untuk memberikan tazkirah.MasyaAllah!
  • Kita perlu cemburu dengan anak-anak kita.Yakni perlu mengambil tahu menganai anak-anak kita, siapakah kawannya, ke mana mereka pergi, kegemaran mereka dsbnya.
  • Bersederhana dalam mendidik anak-anak juga penting,di kala zaman di mana manusia bebas membuat apa-apa, kita perlu mengambil jalan tengah. Jangan terlalu menghalang, sediakan alternatif bukan hanya menidakkan.
Hanya Allah yang tahu, betapa diri ini ingin menjadi seorang umi, memikul tanggjungjawab besar mencorakkan si kecil yang putih lagi suci. (Solehah comel sangat!!! She hugged me, kisses me suap lagi!!! wawa. macam tak nak balik je. najwa,husna dan halil juga comel dan baik2 semua)
K.ina terima kasih kerana sudi menerima ema,banyak yang ema pelajari,tq very much for ur advices. Hanya Allah yang mampu membalas, moga rahmat dan redha Allah memayungi akak sekeluarga.Ameen.

Tertanya sendiri, mampukah diri ini kelak? Terasa beban yang ditanggung untuk mendidik anak-anak dan diri, keluarga. Sudahkah tarbiyah diri cukup untuk dijadikan ikutan mereka kelak? Siapa yang tahu? Hanya DIA punya semua jawapannya. Terkadang diri bertanya, bilakah saatnya diri akan akan memiliki impian semua wanita, seorang suami dan anak buat peneman diri, ketika itu juga hati kembali berbisik, sudahkah cukup cinta mu pada Sang Pencipta sebelum mencintai hambanya? fikir-fikirkanlah

erti kehambaan
hakikat kehidupan
Allah itu Adil, lagi Maha Pengasih
maka berilah segala mampumu maka ia akan menjadi milikmu

wallahu'alam

salam sayang
Lailatulema Abbas

*berfikir-fikir untuk ke nottingham (selepas pergi ke Edinburgh dan Sunderland nnt) mungkin boleh lawat solehah lagi :) ameen


Comments

  1. salam'alaikum wbt kak ema,

    jazakillahu khair sbb sudi datang melawat saya wpun jauh merentasi bumi uk :) sangat seronok dpt jumpa akak dan shafini, alhamdulillah :) banyak ilmu2 dan pengalaman baru sy dpt drpd akak, masyaAllah. insyaAllah kata2 dan semangat akak akan sentiasa dekat di hati. syukur padaNya saya ada seorang sahabat dan kakak bernama kak lailatul ema ;)

    jemput dtg lagi ke leicester ye kak. azhreen sampai asyik tersasul sebut pasal newcastle je hr ni. kuat betul penangan kak ema dengan 'mantra' newcastle akak. hehe..

    akak jaga diri ye ;) ada rezeki, insyaAllah kita jumpa lg nnt. kirim salam pada warga newcastle. selamat belajar dan selamat bekerja utk islam jua :)

    sayang akak selalu <3

    salam'alaikum.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone