Susulan Usrah Khamis-Golongan 'Ulul Albab'

Assalamualaikum wbt

Berikut merupakan ayat yang dicari semalam tapi tak jumpa.hehe.Semalam dah cari dalam surah al-baqarah tak jumpa pula,nampak sangat tak boleh buat multi tasking.huhu

Sempena pagi jumaat yang mulia ini, mari kita perbaiki diri kita, tambahkan amal di jiwa kerana ampunan Allah swt itu melangit tinggi tiada penghujungnya.Ayuh capai 5 sebelum 5!

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
'Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. ' (Al-Baqarah:269)

banyak lagi ayat-ayat lain yang menyentuh mengenai kepentingan berfikir ni, tapi rasanya ayat ni yang menceritakan apa kah ianya. jadi mari sama-sama kita menyahut seruan k.madihah,sama2 untuk menjadi golongan ulul al-bab ini dan tegakkan agama dalam bidang masing-masing, IZZAH pada islam tidak kira waktu dan keadaan.insyaAllah. jgn lupa juga penat-penat kita tulis jawi semalam, moga lekatlah dalam ingatan berkenaan minhajulhayah(islam sebagai pedoman hidup) tersebut yakni dalam 10 perkara:

1.keyakinan
2.akhlaq
3.tingkah laku
4.perasaan
5.pendidikan
6.sosial
7.politik
8.ekonomi
9.ketenteraan
10.Keadilan

'(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.'(Al-Baqarah:138)

Oleh kerana Sang pencipta adalah yang paling memahami keadaaan hamba-hambaNya, maka muhasabah lah diri kita kembali sekiranya kita masih belum cukup yakin dengan (cthnya) ekonomi islam atau ketenteraan islam. carilah ilmu untuk mendapat kefahaman dan kemudian barulah datangnya mahu itu dan insyaAllah,yakin itu akan menyusul. Jangan hanya berkira islam itu sekadar solat dan puasa, menjadi orang yang baik akhlaqnya, 'La! ' Islam itu cara hidup!!! Maka termasuklah politik,sosial,ekonomi dan seluruh aspek kehidupan.

So in order for us to be one of the ulul albab,we must equipped ourselves with the 'hikmat' which is KNOWLEDGE!!! Just as been mentioned in the ayat above.

Best la Allah swt kan, dah bg pertanyaan, bagi jawapan, isn't He the best Examiner ever!!! Alhamdulillah

wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone