Etika

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepadaNya.

Lama sungguh tidak menulis artikel yang menggerakkan minda hasil refleksi dari kehidupan yang dikurniakanNya. Inilah hasil bila emosi tidak stabil dan fokus kehidupan tersasar dari matlamat asalnya.Alhamdulillah, insyaAllah saya kembali beraksi ,perlu kembali berlari di atas jalan ini setelah beberapa lama hanya merangkak perlahan-lahan.

Etika Kerja

Definisi

1. Cambridge dictionary
-Ethics: a system of accepted beliefs which control behaviour, especially such a system based on morals

2. Shukri Ahmad & Razali Mat Zin,2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi
-Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.

Mengapa tiba-tiba ingin saya perkatakan mengenai etika kerja? Sejak berada di UK banyak sungguh telah saya pelajari dan bermanfaat untuk dikongsikan sebagai bahan muhasabah diri bersama-sama,insyaAllah.

Suasana kerja/belajar di sini amat berlainan sekali di Malaysia namun untuk saya memberikan pendapat yang definitif adalah tidak adil kerana saya sendiri tidak pernah bekerja di tanah air, jadi sebarang input dari sahabat amatlah dialu-alukan.

Pada pendapat saya,pekerja-pekerja di sini amat menghargai sumber rezeki mereka, mereka melakukan kerja sepenuh hati dan amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. InsyaAllah akan saya kongsikan beberapa contoh situasi untuk tatapan bersama.

Senyuman itu sedekah (walaupun mereka tidak tahu hakikat ini :) )

Ke mana sahaja anda pergi di sini, pasar raya, hospital, stesen minyak dsbnya pekerja kedai tersebut akan sentiasa memberikan senyuman walau kadang-kadang nampak tidak ikhlas namun mereka masih melakukannya sebaik mungkin. Saya sendiri tidak pernah bertemu pekerja yang masam mukanya, paling tidak mereka pasti menyapa dengan 'how are you?'.

Guru itu ibarat cahaya

Para lecturer di sini pada saya amat komited dengan kerja mereka. Dan yang paling utama mereka sendiri sentiasa belajar dan cintakan ilmu walaupun pada pendapat saya mereka telah cukup menguasai subjek mereka, mereka tidak malu untuk mengaku bahawa mereka tidak tahu kepada jawapan yang ditanyakan malah tidak juga pernah memandang remeh setiap soalan pelajar mereka walau sebodoh mana jua soalan itu (well that's probably me :) ). Di sini juga, saya lihat hubungan sesama lecturer amat rapat dan mereka saling membantu antara satu sama lain.Tiada hasad dengki mahupun cakap-cakap belakang. Jika ada yang tidak berpuas hati maka akan dikongsikan bersama untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

Amanah dan Ikhlas

Hari itu saya meminta bantuan salah seorang pekerja di Hospital Besar Newcastle (haha, Newcastle General Hospital that is) dan masa amat hampir kepada waktu 5 petang dan perbualan ini berlaku:

'Sharon should we stop because I don't want to trouble you, it's quarter to five'

'Don't worry Ema, I started work late today, so I am finishing late'

And I stumbled! confused!

Tidak pernah sekali saya lihat atau mendengar cerita ini di Malaysia, yang saya dengar hanyalah masuk pagi lambat,minta tolong kawan punch kan card, then lunch awal then break lagi pastu habis kerja pukul 5 tapi pukul 4 sudah bersedia untuk bersiap pulang! Saya amat terkesan pada sifat amanah mereka ini, di sini tiada sistem punch card atau apa jua sistem untuk memantau pekerja mereka, ia bergantung sepenuhnya kepada sistem kepercayaan antara majikan dan pekerja dan dari apa yang saya lihat ia berjalan dengan baik sekali! Tiada waktu rehat yang berlanjutan sehingga 2 jam ataupun pekerja yang lewat datang ke tempat kerja.

Banyak lagi contoh yang memperlihatkan betapa tingginya komitmen mereka terhadap kerja mereka ie etika kerja yang tinggi. Bagaimana pula dengan kita? Atau mana-mana jua negara Islam?

Malaysia sendiri boleh dikatakan terkenal sebagai negara yang mengamalkan RASUAH! Kebanyakan pekerjanya lesu dan muram sentiasa, kadang-kadang pelanggan yang dimarahi! Amat mengecewakan!

Kecewa kerana sepatutnya kita perlu menjadi lebih hebat dari mereka kerana kita mempunyai perkara yang lebih berkesan dari etika kerja mereka, ianya adalah AKHLAQ. Akhlaq merupakan perkara yang berbeza dengan etika.

Definisi akhlaq

Imam Al-Ghazali: suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan yang senang tanpa memerlukan pemikiran dan penilitian. Apabila perbuatan yang lahir ibut baik dan terpuji ia digelar Akhlaq yang mulia dan akhlaq yang keji adalah sebaliknya.

Dan Allah juga telah bersabda yang bermaksud:
'Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia' (Al-Qalam:4)

engkau yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad saw, kekasih kita. Dan sungguh jika kita betul-betul mengamalkan apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnahnya pasti umat ini akan menjadi umat yang terulung sepertimana sebelum ini. Namun selagi mana kita masih tidak kembali kepada ajaran sebenar Islam kita akan selamanya berada dalam kemunduran dan keadaan yang merugikan ini. Alangkah sedihnya...

Dan insyaAllah saya berazam pada sendiri untuk mengambil pengajaran dan mengamalkannya walau di mana jua saya berada kerana ia bukan hanya etika ketika di waktu kerja namun perlu dijadikan 'habit' atau akhlaq walau di mana juga dan pada setiap masa kerana Allah swt tidak pernah leka dari semua perbuatan hamba-hambaNya.

Ayuh semua, tanamkan sifat EHSAN dalam diri moga hidup sentiasa diberkati.






Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone