Sakit gigi- sakit semuanya
Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt yang memiliki seluruh alam semesta,tiada satu pun yang tidak tunduk dan berserah kepada Sang Pencipta. Dan aku sebagai hambaMu yang hina di sisiMu jua tunduk pada sebuah hakikat bahawa tiada seseorang hamba itu akan lepas dari sebarang ujian untuk membuktikan kebenaran keyakinan hati yang hanya mampu dimiliki oleh hambaNya yang terpilih sahaja.
Sakit gigi
Hari isnin lepas ke hospital dan sungguh sedih gigi amat teruk, sakit juga. Sekarang dah ada 'enlargement of lymph nodes' amat sakit, nak makan tak boleh tapi if tak makan tak boleh juga. Nak mak. isk isk isk. Dek gigi semua badan terasa sakit, otot-otot turut berdenyut. Alhamdulillah, ya Allah moga menjadi penghapus dosa ku yang menggunung tinggi. Kuatkan aku kerana sakif fizikal ini hanyalah nikmat dari Mu kerana sakit dalaman ie hati lebih parah lagi.
Semangat yang pudar
Sudah bermalam-malam mimpi yang menyedihkan. Rasa berat mata ini untuk dibuka, bebanan ini menyebabkan tubuh tidak bisa bangun melangkah berharap pada sang matahari untuk seceria dulu lagi. Tiada lagi air mata untuk ditangiskan, hanya harapan dan doa buat pemangkin kehidupan moga keadaaan akan lebih baik dari sekarang.
Ya Allah,berat sungguh ujian ini.
Tidak mampu rasanya ku pikul seorang diri.
Bukan ku harapkan pada manusia yang upayanya tiada apa,
Munajat ku hanya padaMu pemilik hati setiap hamba,
Tolongku ya Allah,
Leraikan kesedihan di hati ku ini,
Jangan Engkau duga aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi,
Jangan tinggalkan aku lagi,
Ingatkan aku tika aku berkeluh kesah,
Kuatkan aku tika aku lemah.
Sungguh dengan penuh kerendahan diri aku bermohon padaMu leraikan segala kekusutan ini. Peliharalah mereka ya Allah kerna redhaMu yang kami pohon.
Sungguh kehidupan dunia ini sekejap cuma,
segalanya hanya pinjaman dari Yang Maha Esa,
maka sedarlah wahai diri,
apa juga yang terjadi,
pasti ada hikmah tersembunyi
dalam mencari erti kehambaan
erti kehidupan
pasti setiap jiwa akan diuji
untuk menjadi bukti
hujjah diri di hadapan Ilahi
Comments
Post a Comment