Jauh
' Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). '(At-taubah:42)
Jalan ini masih jauh untuk ditempuh, buahnya kemenangan atau syahid di jalanNya.
Jalan ini masih jauh dan memerlukan jiwa yang kental dan tetap teguh di atasNya,
Jalan ini masih jauh dan setiap pejuangNya pasti diuji pelbagai ujian untuk menjadi bukti dihadapanNya,
Jalan ini masih jauh dan menuntut seribu pengorbanan termasuk jiwa dan harta apatah lagi tenaga dan air mata,
Jalan ini masih jauh itu hakikat yang perlu dekat pada diri agar tidak tersungkur di depan pintu syurga dan terhumban ke neraka yang hina,
Jalan ini masih jauh maka jadikanlah iman dan ilmu sebagai peneman sejati agar tidak hilang arah di tengah kesibukan dunia,
Aku sedar jalan ini tidak mudah,
Aku sedar jalan ini tidak indah,
Aku sedar jalan ini mudah dan indah jika hanya disertakan rasa tulus ikhlas keranaNya bersama teman yang ditautkan oleh Allah hati-hatiNya,
Maka aku perlu bangkit,
bangkit dari rasa malas ini,
kecewa ini,
Tiada yang pasti dalam hidup ini,
melainkan apa yang tertulis di dalam kitabNya.
Comments
Post a Comment