Lifelong lessons
I can never discard how amazing HE has planned every single things,
Every breath every second is never a waste for this lost soul,
Looking back I must,
to strive for a better future,
This week seems to be the longest,
Ups and downs playing its part,
While I am still grasping the messages from the Creator,
Aku akan teruskan larian ini,
'Ema jaga makan' Ema macam mana hari ni?' 'pakai baju tebal-tebal' 'minum air panas banyak2'
turunnya kita agar Allah mampu bawa kita naik semula dengan cara yang lebih baik
lebih indah
mungkin diri tersasar dari hala tuju yang sebenar
maka Allah tarik kembali kita untuk bermula di garisan yang indah itu
kenali asal usul mu
kenali siapa yang sering di sisi mu
kenali hati dan jiwa mu sendiri
jangan dilekakan dengan dunia yang takkan pernah berhenti berputar walau sesaat untuk mu!
biarkan ia dengan rentaknya sendiri,
engkau hanya perlu berlari mengikut langkah mu
mengikut alunan yang sesuai dengan hati mu
selagi peluang bernafas ini diberi
jangan pernah melepaskan ia berlalu sesaat tanpa memberi makna pada hidup ini
ku syukuri aku masih gagah berdiri
walau jauh
percayalah
tidak akan aku lupakan asal usul ku
teman seperjuangan yang kelihatan jauh dari bumi ini, berbatu notika dari dunia ku ini
namun amat dekat dalam doa dan ingatan hati dan nurani
moga Allah pelihara setiap dari hati-hati mu
moga Allah teguhkan dirimu pada jalanNya
walau jatuh
bangkit semula
biarkan dunia
dengan rentak nya
akhirnya pasti ia akan tunduk pada hakikat kekentalan jiwa jiwa muda ini
dan pelangi itu
pasti akan kita temui
di akhir noktah kehidupan ini
insyaAllah
aku adalah aku
kerana
insan bernama Jumaah binti Othman
Abbas bin Sulbi
dan
Lailatulain binti Abbas
hasil kurniaan Ilahi yang Maha Penentu lagi Maha Berkehendak
tidak akan aku sia siakan kehadiran ku dalam hidup mereka
aku ke sini hanya untuk satu sebab
akan aku tunaikan
demi kehidupan yang lebih abadi
bersama-sama insan istimewa yang amat aku sayangi
lebih dari diri ku sendiri
ya Allah,
jatuhnya aku
untuk Engkau bangunkan aku lebih gagah dari sebelum ini
maka wahai diri
jangan engkau berdiam mengharapkan mimipi itu bagai bulan jatuh ke riba!
usaha!
usaha!
doa
TAWAKAL
dalam mempersiapkan diri mencari pelengkap jiwa yang lemah ini
Comments
Post a Comment