Alhamdulillah

Alhamdulillah ujian ini datang menimpa, ini bukan untuk merendahkan hambaNya namun untuk menyedarkan diri bahawa hak-hak yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan seadilnya.

Sedih sangat, hari ada feedback dari consultant, which was not good.... and I deserved it. I know for a fact I did not put much effort in anaesthetic.... ya Allah,tanggungjawab ku lebih dari masa ku ya Allah. sungguh aku rasa amat lemah kini, hanya kepadaMu aku bermohon kekuatan.

Walaupun dah final year medic, work load di luar akademik masih sama, dan kelemahan diri pula tidak mampu membahagi masa sebaiknya. Ya Allah, aku sendiri keliru. Bantulah hambaMu ini ya Allah. Manusia di sekeliling ku juga ramai yang mengguris hati ini,melemahkan lagi semangat dalam diri. Dan aku pasti aku telah berada di persimpangan ini sebelum ini dan jawapannya hanya satu, TAWAKAL setelah usaha dan doa.

ya Allah leraikan kekusutan dalam hati dan akal fikiran ku ini,hanya padaMu aku mengadu. La
hawlawala quwwata illah billah....

yakin dengan janji Allah, jika rugi di sini di sana nanti pasti akan dibalas setimpalnya. Hidup perlu positif, sepertimana azam ku tahun ini, aku ingin jadi mukmin yang disebut Rasulullah saw itu. Moga aku lebih kuat esok hari!


Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone