Semangat perjuangan
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt Yang Maha Memberi Kekuatan dan Ketenangan. Alhamdulillah.
Jalan pulang
Alhamdulillah,hati ini semakin tenang dan semangat dapat diarahkan dan dikawal mengikut yang sepatutnya. Aku kira hati ini gelisah kerana memikirkan pelbagai benda yang berlaku di sekelilingku, darah muda ku ini ku kira bergolak-golak untuk turut sama turun ke padang melihat saudaraku bangkit menegakkan keadilan menumbangkan keadilan membuatkan aku amat iri hati. Aku masih di sini, tidak mampu untuk berlari menggapai cita-cita besarku. Terbang bebas, berlari menegakkan keadilan, mezahirkan fitrah yang telah dititipkan oleh Nya dalam hati ini.
Semangat ku
Tumpuan ku
Tertumpu seluruhnya kepada saudara saudara ku
Ya Allah
Namun aku sedar
Posisi ku di sini!
Aku perlu menghabiskan perjuangan ku ini yang telah hampir sampai ke penghujungnya
Dan kemudian pergilah diri
Berlarilah engkau ke dunia yang ingin engkau kecapi
Sunggu aku menantikan hari itu
Hari di mana aku mampu berlari bebas
Berusaha menaburkan bakti dan budi
Berusaha mengembalikan manusia kepada fitrah kebaikan
Menumbangkan kezaliman
Menegakkan keadilan
Dan pastinya di saat itu
Ujiannya pasti lebih berat dari sekarang
maka di waktu senang mu ini
Persiapkanlah diri mu
Ini bicara Tuhan mu
Dan persiapkanlah alatan peperangan mu dari segenap segi
InsyaAllah
Bersabar ye Lailatulema Abbas,selesaikan perjuangan ini dahulu. Pulang dengan ijazah bersama semangat dan bekalan untuk medan juang yang sebenarnya!
Ya Allah, tiada daya tanpaMu
Hanya padaMu aku serahkan seluruh hidupku.
-Moga Engkau berikan apa yang terbaik demi agamaku.ameen ya Rabb.
Salam mahabbah,
ReplyDeleteteruja dengan roh perjuangan kakak,
semoga hasrat dan cita2 akak tercapai.
titipkan doa untuk saudara kita di sana,
di kala kita kesenangan,
pada malam yang dingin,
kita bermunajat pada Sang Pencipta,
di situlah perjuangan kita terbaik yang termampu,
buat saudara kita.. itu bukti kasih sayang kita pada mereka!
Salam sayang dari Malaysia,
adik hajar, zagazig