Northallerton, kota no 6
Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke tiga aku di bumi Northallerton ini. Bumi asing bagi diriku yang mana terasa berat kaki untuk melangkah ke pekan kecil ini. Namun sepertimana diri sibuk mengingatkan manusia lain mengenai kata-kataNya dalam At-taubah:41 yang bermaksud, ‘Berangkatlah kamu dengan rasa ringat atau berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah…’ maka aku kuatkan semangat dan pahatkan tekad moga permusafiran ini menguntungkan jiwa.ameen ya Rabb.
Jika hendak dikira ini mungkin kali ke 6 aku berpindah randah. Hampir aku lupa sakitnya otot-otot tangan dan kaki mengangkat beg yang beratnya lebih dari 30kg. Dan Alhamdulillah aku yakin ya Allah, tidak akan Engkau uji hamba-hambaMu melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan Engkau campakkan aku di sini untuk aku sebarkan benih-benih dakwah dan agar dapat Engkau tarbiyyah hambaMu yang lemah ini.
Terkenang kembali kali pertama aku melangkahkan kaki ke bumi UK ini, rasa sayu dan keseorangan itu hadir kembali. Namun aku harapkan kali ini aku bakal menempuhnya lebih baik dari yang sebelum ini.ameen. Yang pasti, aku tidak akan pernah seorang diri, DIA akan sentiasa menemani. Ini tarbiyyah dari Ilahi agar aku tahu dan mengerti erti kehambaan itu pergantungan mutlak hanya kepada Allah swt, bukan kepada makhluqNya yang lain. Allah hu Akbar!
Kerana ketiadaan internet di sini,aku kurang pasti bagaimana perjuangan saudara-saudaraku di Mesir,Sudan, Tunisia dan Palestin. Gusar, resah gelisah, namun hanya doa yang mampu aku sumbangkan. Maafkan diri ku ini masih belum mampu berjihad sebaris dengan saff yang telah terbina. Diri ku ini masih kecewa dengan respon Negara-negara Islam di seluruh dunia, lebih-lebih lagi Malaysia! Apakah mereka lupa dengan azab Allah swt dan leka dengan nikmat dunia? Masih sedap dibuai mimpi-mimpi yang sekadar khayalan cuma! Aku benci mereka! Punya kuasa namun diperbodohkan nafsu sendiri! Aku benci!
Disebabkan di sini tiada banyak Muslim, aku tergelak sendiri dengan salah seorang pekerja di hospital.
‘Why do you always wear a skirt? Is it a culture or religion? Are you a Muslim?’
Aku sendiri terkedu, tidak pernah memikirkan kenapa aku gemar memakai ‘kain’ dan yang seumpamanya daripada seluar, dan sedikit gusar kerana ada mata yang memerhati. Dan rasanya jawapan yang aku berikan hanyalah senyuman. Ramai juga junior2 mahupun sahabat yang gemar mengusik kenapa k.ema asyik pakai kain …
Wanita itu bagaikan mutiara,
Yang bersinar penuh kerlipan,
Namun letaknya dalam di lautan,
Menjadi rahsia dan terhijab dari penglihatan,
Mereka yang bertemu bukannya calang-calang insan,
Punya upaya dan kehebatan.
Sirnanya mutiara tidak pernah merosakkan penglihatan,
Bahkan menjadi impian untuk dimiliki setiap insan,
Begitulah jua wanita,
SInarnya diri dari kelembutan yang terpancar,
Bukannya sekadar buatan,
Setiap langkahnya demi redha Tuhan,
Penuh keyakinan namun tinggi dengan kerendahan,
Kata penuh berhikmah beserta akhlaq yang memancarkan keayuan.
Maka selagi mampu akan ku cuba menjaga,
Mungkin tidak sehebat mereka,
Namun akan aku cuba sedaya upaya,
Kerana aku ingin menjadi mutiara yang kerlipannya hanyalah untuk insan yang istimewa,
Yang akhirnya kan bertemu dengan Sang Pencipta,
Dan itulah matlamat kehidupan,
Seorang wanita yang ingin menjadi mutiara dalam lautan.
Dan satu lagi perkara yang telah berubah mengenai diri ini yang aku rasakan positif adalah penerimaan diri bahawa aku memerlukan seorang lelaki dalam hidup ini. I think my feminism has gone down, Alhamdulillah, I need to, convent spirit has come to rest finally.huhu. Penentu syurga bagi seorang wanita adalah suaminya, maka aku harus belajar tunduk pada kelemahan seorang Adam kerana si Hawa jua sama keadaannya.
Alhamdulillah jua, hari ini dapat akses internet. Jzkk kerana meminjamkan dongle! Moga Allah balas dengan yang lebih baik.
At the mean time,I am trying to stay focus for final and ethic essay :) insyaAllah.
Comments
Post a Comment