Hidayah
Aku ingin sangat untuk dia melihat dunia dalam kaca mata yang baharu,
Kaca mata seorang hambaNya yang lemah dan banyak kelemahan,
Namun aku tahu aku tidak mampu,
Aku jua masih banyak kelemahan dan amat lemah,
Aku sendiri tersadung dalam ujian ini,
Hatiku rapuh dan imanku turun dan naik,
Kerana aku insan yang bernama hamba,
Dan aku memerlukanNya untuk mampu berdepan dengan dunia.
Antara rasa bersalah dan sedih, aku hanya menunding jari atas kelemahan diri. Sesungguhnya ini ujian bagi aku,kami dan dia. Jika DIA ingin, kun faya kun namun, DIA ingin mendidik kami dengan seribu satu makna kehidupan yakni erti kehambaan.
5 tahun aku mengembara dengan hanya DIA di sisi,
Dan tiada satu pun aku dizalimi,
Malah aku semakin mengerti hakikat kehidupan ini,
Yang selayaknya membuatkan aku lebih yakin dengan ketentuanNya,
Bahawa tiada satu pun yang terjadi dalam hidup ini buruk untuk ku,
Bahkan ianya adalah peluang untuk menjadi hambaNya yang lebih baik,
Dari 'zero' ke 'hero',
Maka melangkahlah wahai diri,
Dengan kekuatan yang baharu,
Dan setiap kali engkau jatuh,
Jangan pernah terus tersungkur,
Malah bangunlah dengan lebih tegar lagi!
insyaAllah
Comments
Post a Comment