Mak
Hari ini hari kelahiran mak! 6 mei 1950. Terima kasih ya Allah kerana memanjangkan umur dan kudrat ibuku. Moga Engkau berikan mak kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga dimurahkan rezeki dan kesihatan. Moga Engkau tempatkan ibuku di kalangan orang-orang yang beriman kelak. Moga setiap pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan dibalas dengan lebih baik oleh Mu.ameen ya Rabb.
Satu je
Apa yang satu je?
Kami bukan dari keluarga yang kaya, biasa sahaja, lauk pun selalunya hanyalah ikan dan sayur goreng. Cukup. Alhamdulillah.
Bila ada sotong dan udang goreng memang seronok. Tapi setiap kali mak mesti makan akhir sekali... sebab nak bagi anak die berdua makan sepuasnya dulu baru mak makan. Kadang-kadang bila lauk-lauk biasa je pun mak buat macam tu sebab nak bagi kami makan kenyang-kenyang dulu.
Mak kata dulu masa mula-mula kahwin,kadang-kadang beras pun takde nak makan... Jadi kena selalu bersyukur dengan rezeki yang ada pada anak-anaknya yang selalu merungut lauk yang sama (maafkan ema mak)
Dulu tidak sedikit terlintas di hati pengorbanan mak, tapi bila dah besar sikit Allah berikan ilham, peluang untuk bermuhasabah untuk menghargai pengorbanan mak.
Mak masa kecil-kecil nak jadi ustazah, dulu mak sekolah agama, mak suka bahasa Arab tapi bila atuk meninggal,nenek takde duit jadi mak kena berhenti sekolah. Tak sampai hajat mak nak ke Azhar....
Satu sahaja yang aku ingin benar untuk menurut jejak ibu ku ini
KeTABAHan dan keSABARannya
dari kecil hingga kini hidupnya hanyalah untuk manusia lain. Sentiasa memberi tanpa pernah berkeluh kesah atau sesalan.
Dan aku sering kali bermonolog dalaman, sebab mak tak makan sedap-sedap kerana mendahulukan kami dan mak tak dapat menjejakkan kaki ke azhar, sebab itulah aku di sini!!!
Allah memberikan apa yang mak tak dapat pada hambaNya yang kerdil lagi hina ini kerana PENGORBANAN mak.
Untuk itu terima kasih mak! Rindu sangat dengan belaian mak (walaupun setiap hari ema kol rumah) Sepanjang 5 tahun di sini, amat risau sekiranya apa-apa berlaku pada mak, sebab tidak mungkin aku dapat hidup tanpa mak! (not yet at least), rasa bersalah kerana anak mak pentingkan diri dan datang ke sini walau sedar air mata mu sentiasa bercucuran, hatimu sentiasa gelisah memikirkan keadaan anak mu dan doa mu tidak putus-putus terhadap anakmu supaya berada dalam perlindunganNya.
Walaupun ema bukanlah anak yang baik namun moga anakmu ini mampu membahagiakan mu, dunia dan terutamanya moga anakmu ini menjadi bekalan mu di akhirat kelak.
Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui segala pengorbanan ibuku, maka padaMu jua aku bermohon moga diampunkan segala dosa-dosanya dan diberkati hidupnya. Berilah kekuatan kepada Jumaah binti Othman untuk terus memberi dan berkorban. Ameen Ya Rabb.
Eid milad umi, ana uhubbuki umi.
Comments
Post a Comment