Skil Masak
Alhamdulillah baru lepas masak dan tiba-tiba muncul idea nak kongsikan mengenai bukti 'practice makes better' ;) menurut pengalaman diri.
Memasak
'Tak payah la potong bawang tu,tembe la ema, biar mak buat,tinggal je...'
'Baik!' diri pun berlalu dengan suka hati, daput rumah dah la amat panas di siang hari ditambah mata bercucuran dengan air mata kerana kepedihan, tak campur lagi nak sambung tengok cerita ntah apa-apa di siaran tv yang langsung tak membina minda.
Namun bila sahaja tiba ke UK rasa menyesal menyelimuti diri kerana dahulu aku tidak belajar memasak! Masih ingat lagi masa kali pertama memasak, ayam goreng keras seperti batu!!! Periuk menjadi perisai diri dari percikan minyak dan macam-macam lagi al-kisah di dapur,hehe. Paling koman-koman pun akan ambil masa 2 jam setengah untuk memasak nasi,lauk dan sayur, mantop ke tidak tu? haha.
Namun alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk tidak berputus asa! Dan akhirnya setelah 5 tahun berusaha, berlatih dan belajar dari kesilapan maka kini alhamdulillah dah mampu untuk masak dalam masa sejam sahaja! Allahu Akbar! Bukan itu sahaja, saya juga telah mula mencuba-cuba pelbagai jenis masakan, pemanis mulut dll.
Bukan nak bermegah ye sahabat semua kerana walaupun dah sedikit cekap dan cepat namun sedap atau tidak amat subjektif dan semestinya bukan fokus perbincangan kita pada hari ini,hehe, kerana masakan saya masih tidak sedap tapi alhamdulillah bolehlah makan tanpa sakit perut ;)
Makanya apa yang saya ingin tekankan di sini adalah;
Berlatih dan berlatih,
Berusaha dan berusaha,
Jangan pernah putus asa,
Jangan pernah putus asa,
Kegagalan adalah punca kejayaan!
Sentiasa koreksi dan muhasabah diri,
Betapa banyak ilmu dan kebolehan yang kita miliki hari ini hasil dari kegagalan masa lepas?
Yang penting ingat pada janjiNya,
Murnikan kembali niat dan himmah,
Perelokkan usaha dan hiaskan dengan doa dan munajat yang lebih banyak dari sebelumnya,
Kerana janji Allah itu pasti,
Setiap kesulitan ada kemudahan
:)
Maka jom kita berlatih memasak lagi, supaya lepas ni kalau zauj minta masak apa-apa kita mampu menyahut seruan mereka. tak dilupakan balik nanti boleh masak untuk ibu ayah ;)
Wallahu'alam
Comments
Post a Comment