Sang Pencerah

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanyalah kepada Allah swt. Alhamdulillah, insyaAllah hari ini genap 18 hari lagi untuk berdepan medan jihad mata pena,moga aku diberi kekuatan dan kemudahan untuk berdepannya,insyaAllah.

Sang Murabbi kini Sang Pencerah

Allahu Allah, semangat semakin membara setiap kali melihat kisah tokoh-tokoh hebat pejuang Islam lebih-lebih lagi jika ia dekat dengan hati ie serumpun dan waqi' yang sama. Filem Sang Pencerah berlatar belakangkan ketika Islam dan adat sukar untuk dibezakan dan menyebabkan pertembungan antara golongan tua dan muda.

Berlainan dengan kini, amat jelas pertembungan atau tentangan yang dihadapi adalah antara golongan yang jelas sekali matlamatnya berbeza dan pemisahan antara haq dan batil itu tidak terlalu samar.

Namun satu titik persamaan adalah kepentingan ILMU yang BENAR yakni bersumberkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH yang akan membuahkan AKIDAH yang SAHIH dan IMAN dan AKHLAQ yang benar jua. Dan itu jualah permasalahan umat Islam waktu ini, tidak mampu membezakan antara perkara tsawabit (cabang) dan pokok (mutaghayyirat) dan membawa kepada perpecahan umat. Kita jua tidak mampu berlapang dada dalam perbezaan malah tidak jua mampu bersatu dalam persamaan! Dan akhirnya umat Islam kini bagaikan bangunan yang akan runtuh bila-bila masa sahaja jika ia tidak dibaiki. Lihat sahaja di Bahrain- perbalahan antara sunni dan syiah.

Filem ini jua peringatan yang amat baik untuk diri kerana saya akan pulang tidak lama lagi ke Malaysia dan ujian yang didepani oleh Alyarham Haji Ahmad Dahlan membuka mata saya bahawasanya sikap 'seek to understand to be understood' amat penting dan ingatlah bahawa sebagai seorang dai'e kita perlu tegas dengan diri kita tetapi bila kita berdepan dengan mad'u jangan disulitkan Islam itu.

Sunnatullah perjuangan, setiap orang yang ingin menempuh jalanNya akan diuji sehinggalah terbukti keikhlasan hati sehingga nafas terakhir dihembuskan. Maka persiapkanlah dirimu wahai du'at dan ingatlah selalu kepada janjiNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
'Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.' (Muhammad:7)

Comments

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being sick, stressful and thankful at the same time

Being alone