Jangan berharap pada manusia II
Betapa lemahnya hambaMu ini ya Allah,
Baru sahaja aku menguatkan diri,
Ingin berdepan dengan dunia,
Mengimpikan yang terbaik untuknya,
Namun dibalas sebegini rupa,
Dan aku mula berkira-kira,
Perlukah aku berusaha atau berputus asa sahaja?
Sedihnya hati ini hanya Allah yang tahu, walaupun aku tahu betapa 'childish' nya diri ini, kerana aku seorang insan bernama anak, yang hanya mempunyai satu niat, untuk menjadi yang terbaik untuk mereka, pedih sungguh bila ia dipandang hina.... ya Allah, apa lagi perlu aku perbuat? Aku sendiri buntu,hanya kepadaMu aku mengadu dan bermohon.
Ubatilah kesedihan hambaMu ini, hanya kepadaMu aku serahkan segalanya.
Di kala waktu semakin menghampir kepada peperiksaan akhir ku, itulah tika Allah akan menguji ku lebih kuat lagi. Maka persiapkanlah diri mu Lailatulema Abbas, tingkatkan amalan dan munajatMu, kenalilah erti kehambaan hakikat kehidupan...
Comments
Post a Comment