Ujian
'Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. ' (Al-Anfal:28)
'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)
'Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). ' (Al-Imran:14)
'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?' (Al-Imran:142)
'Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.' (Maryam:60)
Ya Allah,
berikan hambaMu ini kekuatan dan ketabahan,
aku ingin capai ke puncak yang aku daki kini,
moga ketulan batu ini tidak menggugrkan semangat dan imanku,
aku ingin pulang,
pulang untuk berbakti,
hanya Engkau yang mengetahui,
apa kata hati ku,
maka aku pohon,
kemudahan dariMu,
demi nyawaku di tanganMu,
aku serahkan segalanya padaMu....
jangan pernah tinggalkan aku....
Comments
Post a Comment