Emosi dan syaitan

Aku tahu musuh utama itu takkan pernah berhenti dari mencuba menjahanamkan diri seorang hamba ke lembah hina,
Aku tahu apa jua yang tidak dirasai dan tindakan yang tidak keranaNYA hanya sia-sia,
Aku tahu hakikat seorang hamba itu lemah dan sentiasa masuk ke lembah durjana,
Akibat sesatnya nafsu dan lemahnya iman menerusuk di jiwa.

Ya Allah,
Jangan biarkan aku lemas dalam emosi ini,
Aku marah, aku sedih, aku kecewa dan aku bahagia,
Jadikanlah segalanya hanya kerana Engkau Sang Pemilik Jiwa,
Tiada kekuatan melainkan dariMU,
Maka kuatkan aku untuk menempuhi ranjau berliku,
Agar tidak tersungkut aku di pertengahan jalanMU.

Ya Allah,
ikhlaskan, ikhlaskan, ikhlaskan
kuatkan,kuatkan,kuatkan,
Jangan dibuang masa lagi
Tolaklah rasa perasaan ini jauh dari diri
kerana ia hanya permainan duniawi
hidup ini tujuannya pasti
hanya untuk bertemu ilahi
hanya mencari redha ilahi
maka jangan berlengah lagi!

Comments

  1. assalamualaikum ema. suka sajak ni. teruskan menulis. =)

    salam ukhwah abadan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being alone

2 weeks back to memory lane