Despicable me!

Fitrah kejadian

Alhamdulillah baru menonton despicable me bersama k.nurul, aina, mia dan 9 orang anak-anak kecil yang amat disayangi :) fatin, sha-b, adam, aeyna, aeyda, hakim, haikal, sufi dan afrina (maaf lupa yang lain2 fitrah kejadian manusia selalu lupa.hehe. jangan marah k.ema k insyaAllah next time kita pergi jalan-jalan tempat lain)

Ini kali kedua menonton cerita ni jadi tergerak hati dan jari-jari untuk menekan punat-punat di laptop walaupun report untuk mental health tak siap lagi. Ingin mempraktikkan untuk memastikan ada kebaikan yang lebih hasil dari perbuatan yang sama ini seperti mana kita perlu pastikan hari esok lebih baik dari hari ini,insyaAllah.

Filem ini berkisar mengenai seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi penjahat paling berjaya di dunia. Ya,penjahat! Pelbagai kisah lucu berlaku dan menyentuh hati hingga berjaya menitiskan air mata (memang saya seorang yang beremosi,lihat artikel sebelum ini :) )

Namun, akhirnya 3 orang budak kecil (yang amat comel) berjaya mengubah keinginan diri nya, dan dia kembali kepada FITRAH kejadian, yakni sukakan kebaikan.

'Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.' (Hadis Bukhari dan Muslim)

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.' (51:56)

Sungguh benarlah janjinya di dalam al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Bahawa sesungguhnya penciptaan manusia itu dalam keadaan suci bersih dan ibu bapa lah yang mencorakkan mereka. Setiap yang dilakukan penjahat tersebut adalah untuk membanggakan dan menggembirakan ibu beliau, hasil didikan dan 'fikrah' yang dicurahkan kepada anaknya bahawa dia perlu untuk membuat sesuatu yang 'besar' untuk berjaya walau apa cara juga asalkan dapat mencapai matlamat. Dan itulah yang dilakukan oleh anaknya sehinggakan bercita-cita untuk mencuri bulan!

Namun, ingat juga kepada janji Yang Maha Esa bahawa setiap makhluk itu diciptakan hanya untuk menyembah dan beribadat kepadaNya yakni fitrah kejadian itu percaya kepada Yang Esa dan DIA hanya sukakan kebaikan. Hawa nafsu dan syaitanlah yang menyesatkan manusia dari tujuan asal kejadian diri. Hatta, setiap tumbuhan, langit dan seluruh alam bertasbih memuji kebesaranNya kerana itu fitrah! Dan penjahat tersebut tunduk kepada fitrah, kembali bermuhasabah diri setelah disedarkan oleh tiga kanak-kanak yang 'suci bersih'.

Maka di sini terpancar jelas keADILlan Allah swt bahawa setiap diri itu mempunyai peluang untuk mendapat hidayah dariNya dan untuk bertemu kebenaran yang hakiki kerana setiap diri mempunyai potensi dan fitrah yang dititipkan dalam setiap diri. Hanya kita yang bersifat tidak acuh sepertimana kehendak diri untuk makan, perut akan berbunyi, mulut akan tergiur namun jika tiada usaha untuk mendapatkan makanan, maka tiada apa tindakan akan terhasil dari tindak balas awal tersebut. Kaki perlu melangkah, otak perlu berfikir dan mulut perlu dibuka untuk mengisi perut yang bergendang itu.

Maka, untuk hidayahNya sampai kepada hati-hati manusia, kita selaku hambaNya perlu membuka pintu-pintu hati yang tertutup itu. Tanamkan niat di hati untuk mencari kebaikan dan kebenaran, penuhilah ianya dengan ilmu dan usahalah semampu dan sebaik yang boleh demi mencari redhaNya dan pastinya insyaAllah DIA akan datang mengetuk pintu hati hambaNya kerana janjinya pasti, DIA tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

"Sesungguhnya aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hati Aku, dan jika dia mengingati aku dalam jamaah maka aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). "

"Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekat aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada ku berjalan, maka aku dekati dia dengan berlari."

Thank you k.Nurul! Moga Allah permudahkan semua urusan akak dan keluarga, moga dalam rahmat dan redha Allah swt sentiasa. Sayang akak lillah ta'ala. Let us strive together for his mardathillah.

Comments

  1. All praise be to Allah SWT.
    Ema,thank you for spending your time with us. I had a wonderful time and the kids had great fun! I pray to Allah for your happiness always. Semoga Allah permudahkan juga urusan Ema, dah sentiasa berikan ketenangan buat Ema & family... InsyaAllah! - KAK NURUL-

    ReplyDelete
  2. 'Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.' (Hadis Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being alone

2 weeks back to memory lane