Buat sahabat yang bakal menempuh the FINAL exam


Dedikasi khas buat sahabiah yang akan berdepan dengan ujian peperiksaan sebelum pulang dengan segulung ijazah. Tiada apa yang mampu diberikan hanyalah kata-kata semangat dan doa buat pengganti diri.


Masa depan penuh dengan kekaburan dan ketidakpastian,
Kadang diri menjadi terlalu takut untuk memikirkan,
Dan terkadang bagai ingin berdiam dan membiarkan,
Tiada tindakan tiada perubahan,
Jika itulah makna kehidupan,
Pasti Tuhan tidak menciptakan.

Sedarlah,
Kitalah hamba yang terpilih dari setitis air mani yang hina dan kemudian diberi keistimewaan,
Bermula pabila kaki melangkah ke bumi yang penuh dengan kesedihan,
Untuk menuju ke negeri abadi yang penuh kepastian,
Jangan pernah lupa kehidupan ini hanyalah sebuah penantian,
Maka diri perlu terus melangkah dalam sebuah pencarian,
Mencari kekuatan dalam setiap dugaan dan ujian,
Menyingkap hikmah dari setiap kejadian.

Buat sahabat seperjuangan,
hadiah terindah buat hambaNYA dari Tuhan yang tidak pernah meninggalkan,
Sejak dari saat penghijrahan hingga detik akhir sebelum kembali 'sendirian' mengembara untuk mencari erti kehidupan,
Andainya ribut lantas badai melanda, redha lah pada ketentuan,
Kiranya gembira tiada duka, maka bersyukurlah memuji kebesaran Tuhan.
Kenallah erti kehambaan untuk mengenal erti kehidupan,
Untuk menjadi bekalan sepanjang perjalanan,
Cintalah ilmu dan dahagakanlah amalan,
Sabar, doa dan tawakal jadikanlah sumber kekuatan,
Doa rabitah moga menjadi alat penyatuan.

Harap jangan dilupakan insan kerdil ini,
Kerana engkau telah menjadi penunjuk jalan dalam kehidupan,
Terima kasih wahai Tuhan atas kurniaan.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan sahabiah ku, bantulah mereka sebagaimana Engkau telah membantu diri ini mencari kekuatan, mencari punca jalan dan membetulkan kesalahan diri dengan contoh tauladan. ya Allah berikan mereka ketenangan dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkakan. Berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat dan agar ditemukan dengan Pemilik Haq Kehidupan.

Zaffan,muslihah,diey,ken,emi,hanisah,ada,adrianis,achik,ana,firyal dan semua (xsebut sebab xbalik lagi dan insyaAllah masih di UK ie ain,majdina,capek dan semua) amat merindukan waktu itu. Bila rasa lemah, di situlah saya mencari kekuatan. Bila saya rasa sendiri dalam perjuangan ini, kurniaanNya inilah salah satu punca yg menguatkn. Terima kasih kerana menerima saya seadanya, bersabar dengan kerenah diri, memberi banyak ilmu dan tunjuk ajar, dalam hijrah diri yang masih panjang dan penuh likuan,hanya Allah yang layak membalasnya. Selamat berjuang, moga Allah memilih kalian sebagai hizbullah NYA.ameen.

sayang semua lillah ta'ala.maaf salah silap,halal makan minum. saya maafkan dan halalkan juga semuanya.hehe :)

moga semua berjaya dunia dan akhirat,dan yg terdekat ini ujian peperiksaan! ameen.

Comments

  1. ema....

    taknak nangis dah...

    kita kuat..nangis kita kerana kuat, sabar dan tabah...

    sorry tak angkat call2 kamu...saya ketiduran..moga kamu tetap tenang dan diberikan kekuatan dariNya

    ReplyDelete
  2. "Ukhuwah doesn't always need togetherness, doesn't need everyday conversation, as long as the friendship lives in our heart and our prayer in remains abadan abada."..

    Sayang ema dan sahabat selamanya...

    (sukar utk ditukar ganti!)

    Lau ta'lamin kam uhibbuki...

    ReplyDelete
  3. benar muslihah.....ianya dalam hati...sebab tiada apa pon yang kekal di depan mata

    muslihah..kenapa tiada shoutbox di blog kamu..haih....heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pena telah diangkat dan dakwat telah kering

Being alone

2 weeks back to memory lane